Takaful Bantu Popularkan Insurans

16 Oct 2014
Beberapa tahun lalu, kadar dan jumlah pemegang polisi insurans dalam kalangan Bumiputera terutama Melayu adalah pada tahap paling rendah kerana kurangnya kesedaran tentang kepentingan insurans itu sendiri.

Namun perkembangan industri takaful, yang menawarkan insurans patuh syariah dilihat banyak memainkan peranan dalam membantu golongan Bumiputera terutama yang beragama Islam mendapatkan pelbagai jenis insurans dan perlindungan diri.

Industri takaful sudah berkembang pada 1985 lagi, berikutan keperluan umat Islam pada ketika itu untuk mempunyai alternatif kepada insurans konvensional. Bagaimanapun hari ini, keistimewaan yang ditawarkan oleh insurans takaful telah membuka minat kaum lain yang bukan Islam untuk turut membeli polisi menerusi takaful.

Peranan dalam membantu golongan Bumiputera terutama yang beragama Islam mendapatkan pelbagai jenis insurans dan perlindungan diri. Insurans takaful telah membuka minat kaum lain yang bukan Islam untuk turut membeli polisi insurans menerusi takaful. 

Kesedaran insurans dalam kalangan Bumiputera terutama Melayu adalah pada tahap paling rendah. Ini berkemungkinan mereka masih kurang pengetahuan mengenai kelebihan faedah insurans itu sendiri.  


Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Zainudin Ishak berkata, jumlah pemegang polisi takaful semakin meningkat sejak empat tahun lalu, yang mana industri takaful mencatatkan peningkatan pertumbuhan tiga kali ganda dalam tempoh empat tahun iaitu dari 2010 hingga 2013.

Menurutnya, kadar penembusan takaful dalam kalangan pengguna juga semakin meningkat sejak 2012 kepada 13.1 peratus.

"Bagaimanapun, jumlah itu masih rendah berbanding kadar penembusan dalam industri insurans keseluruhan sebanyak 55.7 peratus," akuinya.

Generasi baru celik kewangan Bagaimanapun Zainuddin berkata, menurut statistik, majoriti pemegang insurans takaful adalah Bumiputera beragama Islam, yang sekali gus secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan industri takaful itu sendiri.

"Jika dibandingkan tahap kesedaran Bumiputera, mereka sekarang sudah celik kewangan. Kalau dulu ada duit lebih, mereka akan habiskan wang untuk keperluan lain seperti membeli telefon mahupun membaiki rumah. Sekarang, orang mula sedar kepentingan pelaburan, persaraan dan perlindungan," katanya.

Menurutnya, dengan permintaan yang semakin meningkat, jumlah syarikat pengendali insurans takaful yang mulanya hanya satu syarikat kini telah bertambah kepada 11 syarikat.

Katanya, pertambahan syarikat ini turut menyumbang kepada peningkatan kesedaran kerana strategi yang dilakukan oleh setiap syarikat untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Tahun lalu sahaja, industri takaful berjaya menjual sebanyak 602,285 polisi, menunjukkan pertumbuhan ketara.

"Tidak semua Bumiputera tidak mempunyai minat untuk membeli insurans. Namun mungkin ada yang mempunyai perancangan kewanganyang lemah atau juga mungkin kerana mereka masih tidak sedar akan keperluan memiliki insurans mahupun perlindungan," katanya.

Ramai yang tidak memiliki insurans kerana berpendapat mereka telah pun mendapat perlindungan insurans daripada syarikat masing-masing, namun kadang kala ia tidak mencukupi.

Lebih banyak kempen kesedaran perlu dibuat bagi menekankan kepentingan mendapatkan perlindungan insurans terutama dalam kalangan Bumiputera sebagai sandaran keselamatan.

Sumber artikel:

Sumber foto:

No comments:

Post a Comment