Menurut laporan akhbar Sinar Harian kadar belia berumur 25 tahun ke bawah yang diisytiharkan bankrap di negara ini semakin membimbangkan apabila sebanyak 579 individu direkodkan muflis dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Hal ini jelas membuktikan bahawa kebanyakan golongan muda di negara ini mempunyai tahap perancangan kewangan yang begitu lemah. Malah jumlah 579 individu berkenaan merupakan sebahagian daripada keseluruhan 12,381 individu yang diisytiharkan bankrap di negara ini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Faktor utama berpunca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan bayaran kad kredit.
Kebanyakan golongan muda yang baru sahaja mula memasuki alam pekerjaan sudah mempunyai keinginan untuk memliki kenderaan sendiri. Sedangkan setiap bulan sudah mempunyai komitmen tetap yang perlu dijelaskan seperti pinjaman pendidikan, bil-bil, duit makan, tambang ke tempat kerja.
Tidak salah jika berniat sedemikian kerana kenderaan itu sendiri sudah menjadi keperluan harian. Namun sepatutnya, mereka perlu menstabilkan tahap kewangan terlebih dahulu. Seeloknya, tunggulah sehingga mereka mampu menguruskan gaji bulanan dengan baik.
Apapun setiap individu perlu mengukur tahap kewangan sendiri sebelum membuat keputusan untuk mengikat diri dengan pelbagai komitmen. Seperti yang kita sedia maklum hutang bank amnya memakan masa bertahun-tahun untuk dilangsaikan.
Wang merupakan medium yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Namun kita sebagai manusia juga sering kali melakukan kesilapan dalam menguruskan wang secara berhemah. Sering tertewas dengan keinginan kehendak berbanding keperluan.
Sehinggakan ia bukan sahaja menghantui golongan berpendapatan rendah, malahan yang berpendapatan agak lumayan juga tidak dapat lari dari masalah pengurusan kewangan. Apapun berbalik pada diri sendiri bagaimana ingin merancang kewangan dengan bijak supaya tidak terbeban dengan hutang sehingga membawa ke tahap muflis.
Sumber artikel:
Sumber foto:
No comments:
Post a Comment