Insurans Sudah Jadi Keperluan

28 Dec 2015



LAZIMNYA, insurans hanya menjadi kepentingan apabila diri dilanda musibah. Namun kekangan wang, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan keadaan ekonomi negara yang sukar dijangkakan sekarang, ramai lebih mementingkan perbelanjaan isi rumah berbanding pengambilan insurans. Mungkin berlaku sedikit kelembapan dalam industri insurans?

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih mementingkan insurans kerana kesedaran mereka mengenai kepentingan perlindungan dalam kehidupan membabitkan kos perubatan yang meningkat.

Jika dilihat, banyak syarikat insurans menyatakan pertumbuhan insurans semakin meningkat dan berpotensi untuk berkembang memandangkan rakyat mula sedar mengenai kepentingan pengambilan insurans hayat dan perubatan.

PENGAMBILAN insurans adalah penting walaupun terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi tidak menentu.

Ketua Jururawat Unit Perawatan Jantung di Hospital Tuanku Fauziah, Rusmira Ramli berkata, kepentingan insurans dilihat apabila memerlukan rawatan khas dan kos rawatan tinggi.

"Jika tiada insurans, untuk mendapatkan rawatan khas di hospital kerajaan, perlu menunggu masa lama. Jika ada insurans, ia memudahkan untuk dapat rawatan segera di hospital swasta," katanya.

Katanya, insurans juga memudahkan untuk memilih mana-mana pakar untuk rawatan.

Bagaimanapun katanya, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan rawatan terbaik bagi penyakit kritikal.

Pekerja swasta, Shukria Aziz berkata, insurans bukan lagi kehendak tetapi  adalah keperluan.

"Dengan banyak pendedahan, peratusan pemahaman dan kesedaran mengenai insurans semakin meningkat," katanya.


Pelaksanaan GST memberi kesan kepada perniagaan insurans namun tidak membebankan bagi menanggung segala kos perubatan yang akan meningkat.

Selain itu, tanggapan segelintir individu bahawa kemudahan kesihatan adalah tanggungjawab majikan juga masih diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini.

Katanya, pengalaman ahli keluarga dan kawan-kawan yang berhadapan dengan ejen tidak bertanggungjawab dalam hal-hal tuntutan menjadi punca orang ramai kurang membeli insurans.

"Mereka juga kurang memahami mengenai perlindungan insurans yang diambil dan cara penyampaian yang kurang berkesan daripada pihak insurans.

Bagi pelajar, Farah Nuzaily Zakaria berkata, pengambilan insurans penting namun masih ada segelintir masyarakat lebih mementingkan perbelanjaan harian.

Katanya, kadar dan harga semasa membeli insurans yang mahal juga menyebabkan orang ramai tidak mampu untuk menampung komitmen pembayaran setiap
bulan.

"Pembayaran insurans minimum RM100 sebulan jika digunakan untuk keperluan harian pelbagai barang boleh dibeli. Masyarakat perlu diberi pendedahan dan kesedaran terhadap risiko yang bakal dihadapi sekiranya menghadapi masalah kesihatan ketika tidak mempunyai perlindungan.

“Persatuan insurans dan takaful perlu menganjurkan seminar percuma kepada masyarakat berkaitan dengan pengurusan risiko, sekali gus memberikan pendedahan umum kepada orang ramai,” katanya.

Sumber Artikel:

Read more ...

Rahsia Turunkan Berat Badan Tanpa Diet

15 Dec 2015



Selalu Sarapan

Penelitian menunjukkan orang yang rutin sarapan cenderung memiliki berat badan lebih rendah. Tetapi, perhatikan menu sarapan Anda. Penuhi kebutuhan tubuh akan karbohidrat, protein, dan vitamin.

Kunyah makanan Anda dengan benar

Studi  telah membuktikan bahawa jika Anda lebih lama mengunyah makanan makan Anda akan cenderung untuk mengkosumi kalori lebih rendah. Selain itu, mengunyah dalam waktu yang lebih lama akan mencegah kelebihan makan, karena memberikan waktu bagi otak untuk menerima sinyal dari perut yang kenyang. Hal ini juga akan memfasilitasi pencernaan dengan lebih baik dan  membatasi ukuran porsi Anda. Oleh karena itu, dianjurkan untuk mengunyah makanan sekitar 35 sampai 50 kali per suap.

Kurangi Mayonaise

Apakah Anda tahu sesendok the mayonaise mengandung 100 kalori. Karena itu gantilah campuran salad Anda dengan minyak zaitun untuk mengurangi kalorinya.

Makan Buah Sebelum Daging

Biasakan untuk makan buah setidaknya 30 menit sebelum Anda makan makanan yang berat, karena buah-buahan dapat dicerna dengan cepat. Makan buah-buahan saat perut kosong bermanfaat untuk mendetoksifikasi sistem tubuh dan membuat Anda makan lebih sedikit.

Isi Piring Dengan Makanan Rendah Kalori

Mulailah dengan makan dengan bahan pangan di piring Anda yang kalorinya paling rendah.Dengan demikian saat Anda memulai makan jenis lainnya perut Anda sudah agak kenyang.

Sumber artikel:

http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/16-tips-menurunkan-berat-badan-tanpa-diet.html











Read more ...