6 Matlamat Kewangan yang Perlu Dicapai Sebelum Usia 30 tahun

20 Apr 2018


Urus Pendapatan Dengan Baik
Hal ini, adalah asas untuk mencapai matlamat kewangan sebenar. Apa jenis pekerjaan sekalipun tidak kira bergaji besar mahupun kecil. Anda perlu bijak menguruskan pendapatan dengan mendahulukan segala komitmen bulanan terlebih dahulu. Utamakan keperluan daripada kehendak. Perlu konsisten supaya aliran kewangan anda tidak terjejas.


Mempunyai Simpanan Tetap
Simpanan tetap bermaksud simpanan kecemasan yang anda akan hanya keluarkan jika berlakunya hal penting dan kecemasan sahaja. Mulakan dengan ketepikan 10 peratus daripada gaji anda. Namun, cuba tingkatkan jumlah simpanan mengikut kemampuan secara berkala. 


Mempunyai Perlindungan Insurans
Kesihatan adalah aset paling berharga. Maka lindungilah diri di usia muda dengan perlindungan insurans nyawa dan kesihatan. Sekurang-kurangnya, anda sudah mempunyai biaya untuk kesihatan dan diri jika ditimpa musibah yang tak diduga. 

Mempunyai Aset 

Membeli sekurang-sekurangnya sebuah rumah sebagai aset. Beli rumah mengikut kemampuan gaji anda. Cuba sediakan satu tabung khas sebagai simpanan persediaan untuk memiliki rumah pertama. Pembelian rumah atau hartanah juga boleh dijadikan sebagai pelaburan yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda sekiranya dijual pada masa akan datang. Selain itu, membeli rumah di usia muda juga mampu memanjangkan tempoh pinjaman perumahan dan ansuran bulanan juga akan menjadi rendah.


Bebas Dari Hutang Jahat
Elakkan dari membuat pinjaman peribadi, kad kredit, atau membeli telefon pintar secara ansuran. Hal ini, hanya akan mengakibatkan anda terikat dengan hutang yang mempunyai kadar faedah yang tinggi. Jika ini berlaku ia hanya akan menambah perbelanjaan. Malah, menyukarkan pinjaman perumahan anda daripada diluluskan. 

Mempunyai Kenderaan Sendiri
Memiliki kereta idaman menjadi impian setiap individu. Namun memiliki kereta mengikut kemampuan itu jauh lebih penting. Ambil tahu tentang kos penyelenggaran sesebuah kenderaan supaya tidak terbeban dengan kos selenggara. Tidak perlu memakai kereta import jika separuh daripada gaji anda harus dihabiskan untuk membayar ansuran bulanan.

Sumber Foto:



Read more ...