Pasti ramai dikalangan individu yang kerap menghabiskan masa 8-12 jam sehari bekerja duduk di depan komputer atau pekerjaan yang memerlukan seseorang itu mengulangi pergerakan sama, sudah tentu pernah mengalami situasi masalah ketegangan leher di mana leher menjadi tegang dan sakit.
Bagi sesetengah orang, hal ini mungkin sudah biasa dialami malah dianggap remeh. Kesakitan di bahagian leher dianggap perkara biasa dan tidak perlu dirawat kerana lambat laun akan pulih dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun sekiranya perkara ini dibiarkan berlanjutan, berkemungkinan kesakitan yang dialami mampu menganggu keselesaan seseorang dalam melakukan rutin harian.
Namun ada juga segelintir mereka berusaha mencari kaedah pencegahan untuk menangani sakit tersebut. Selain sapu krim panas dan menuam leher yang sakit, terdapat juga cara lain yang mudah untuk mengurangkan ketegangan sakit di bahagian leher iaitu dengan melakukan senaman regangan.
Senaman regangan ini juga boleh dilakukan selang beberapa jam sekira sudah duduk menghadap kerja terlalu lama. Jom kita lihat 12 teknik mudah senaman regangan yang boleh anda lakukan di depan komputer:
Sumber Foto:
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRWuu_EnQvbV9rInhj_-dkYrBKxS5GVP0lra-1sBsjVkJkwdJhlzX8Q_Bi9VvaxxzsVbLsRyChwtY4QsXpH8wnfktm4ihQyD2fcGvuZXQ51twU2coXnRh6NznwJuEju6xmwRcr3XCs3Qw/s1600/senaman-depan-komputer.jpg
No comments:
Post a Comment