Metabolisme adalah istilah yang berasal dari bahasa Yunani yang membawa maksud perubahan atau transformasi. Di mana setiap individu mempunyai kadar metabolisme yang berbeza.. Meningkatkan metabolisme badan adalah penting kerana ia mampu meningkatkan pembakaran kalori dalam tubuh seseorang.
Kebiasaanya seseorang yang mempunyai metabolisme badan yang tinggi berupaya menukarkan makanan atau lemak di dalam badan menjadi tenaga dengan cepat. Namun bagi mereka yang mempunyai kadar metabolisme badan yang rendah mudah mengalami masalah obesiti jika corak pemakanan tidak dikawal iaitu makan secara berlebihan.
1. Makan Secara Kerap
Jangan biarkan perut anda kosong. Seeloknya makan mengikut waktu namun dalam kuantiti yang kecil. Jika anda tidak makan dan biarkan perut kosong kadar metabolisme badan akan menurun. Malah ia akan mengundang anda makan dalam kuantiti yang banyak akibat kelaparan membiarkan perut terlalu lama kosong.
2. Minum Air
Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang untuk minum air sekurang-kurang 8 gelas sehari atau 2 liter air sehari. Ini kerana sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Pastikan 8 gelas yang diminum adalah air kosong bukannya minuman bergula.
3. Makanan Pedas
Menjadi kelebihan buat penggemar makanan pedas di mana kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya. Malah metabolisme boleh meningkat sehingga 40% untuk 2-3 jam.
4. Minum Teh Hijau
Banyak kajian telah membuktikan bahawa teh hijau mampu membantu meningkatkan metabolisme. Polifenol yang terkandung dalam teh hijau berfungsi meningkatkan pemprosesan atau oksidasi lemak serta meningkatkan kadar penukaran makanan kepada kalori.
5. Cukup Tidur
Penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari amatlah penting dalam mengekalkan metabolisme yang sihat. Cuba kekalkan rutin waktu tidur secara konsisten.
6. Pilih Makanan Berserat
Tubuh badan manusia memerlukan tenaga demi menjalani rutin seharian. Jadi pemilihan makanan amatlah penting dalam memastikan apa yang dimakan mampu membekalkan kalori yang boleh dibakar atau hanya sekadar menjadi lemak terkumpul. Jadi makanan kaya serat seperti oat, biji-bijian, sayur-sayuran dan buah-buahan amatlah baik untuk meningkatkan metabolisme badan.
Sumber Foto:
http://www.spotsify.com/wp-content/uploads/2013/04/weight-loss-food-600x400.png?87aee5
http://www.spotsify.com/wp-content/uploads/2013/04/weight-loss-food-600x400.png?87aee5
No comments:
Post a Comment