Pengurusan Kewangan Secara Bijak

29 Oct 2014
Masalah kewangan boleh menimpa sesiapa sahaja. Tidak kira mereka yang daripada golongan sederhana mahupun kaya. Sesiapa sahaja mempunyai risiko dibebani hutang dan dibelenggu permasalahan ini jika tidak menguruskan kewangan dengan bijak.

Menurut sumber portal Persatuan Pengguna (Fomca) pula mendedahkan lebih daripada 10 juta kad kredit yang dikeluarkan kepada rakyat Malaysia, dengan jumlah hutang RM24.4 bilion, tetapi hanya 30% daripada mereka mampu membayar balik penuh hutang kad kredit mereka pada setiap bulan. 

Mempunyai sifat berhati-hati dalam membelanjakan pendapatan bulanan amat penting. Namun, jangan sampai menjadi terlalu kedekut sehingga langsung tidak berbelanja untuk  keperluan mahupun kehendak. 



Berikut merupakan beberapa tip yang boleh dijadikan panduan dalam merancang kewangan:

  • Pastikan setiap kali menerima gaji bahagian wang hendak dijadikan simpanan disimpan dalam akaun khas.
  • Cuba elakkan dari berbelanja menggunakan kad kredit, jika masih tidak dapat mengawal diri, cuba sedaya upaya melangsaikan hutang-hutang dengan cepat dan batalkan kad anda serta merta.
  • Wujudkan pelan perbelanjaan peribadi khas yang meliputi perbelanjaan harian dan bulanan untuk  mengelakkan daripada berbelanja melebihi peruntukan yang sepatutnya.
  • Elakkan atau jangan sesekali berhutang kecuali untuk membeli keperluan utama seperti kereta dan rumah. Namun jika tidak mampu, disarankan supaya anda menangguh hasrat tersebut sehingga benar-benar mampu.
  • Jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan anda. Hal ini jika berterusan akan menjerat diri anda dengan hutang.
  • Mempunyai tabung khas dan duit simpanan tetap amat penting untuk digunakan diwaktu kecemasan.
  • Amalkan sikap menyenaraikan barangan yang hendak dibeli sebelum melangkah pergi ke pusat membeli-belah bagi  mengelakkan anda membazir membeli benda yang tidak sepatutnya.
  • Adalah penting bagi anda memiliki insurans yang sesuai untuk anda dan keluarga. Pastikan peruntukan yang cukup disediakan bagi tujuan ini, kerana yang pastinya malang tidak berbau.
  • Pastikan setiap kali gaji bulanan anda dibelanjakan dengan mendahulukan perkara yang meliputi keperluan. Kemudian simpan dalam simpanan tetap. Jika ada baki lebih barulah belanja untuk memenuhi kehendak anda.
Sumber artikel: 

http://km.anm.gov.my/Artikel/Amalan%20pengurusan%20kewangan%20peribadi%20yang%20berhemah.aspx
http://www.sinarharian.com.my/rencana/bahana-kad-kredit-wanita-perlu-hemah-berbelanja-1.327685

Sumber foto:

http://img.astroawani.com/2013-07/61372820171_295x200.jpg

No comments:

Post a Comment