Penuntut UiTM, 2 Anggota Tentera Maut Nahas di Machang

1 Oct 2014
MACHANG: Tiga maut termasuk dua anggota tentera selepas kereta yang mereka naiki bertembung dalam kejadian di Kilometer 4.5 Jalan Pasir Puteh-Machang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, seorang mangsa adalah penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang berusia 19 tahun.
Mereka yang meninggal dunia ialah Abdul Rahim Hat, 33; Shairul Saiful, 26 dan Nor Shafiz Nor Azim, 19.
Kesemua mangsa meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Sumber artikel:

No comments:

Post a Comment