Dua rentung dalam nahas dekat Pekan

8 Oct 2014
PEKAN: Dua orang disahkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kereta di Kilometer (KM) 16 Jalan Pekan-Rompin, Kampung Sungai Miang, Nenasi, dekat sini awal pagi tadi.

Pegawai Kanan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pahrul Razi, berkata mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi itu rentung dalam kereta dinaiki mereka.

"Pemandu dan 32 penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Bas dan kereta itu terbakar dalam kejadian berkenaan," katanya di sini sebentar tadi.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan, berkata kejadian polis sedang mengenal pasti identiti mangsa serta punca kejadian.

Mangsa nahas ialah seorang anggota tentera, Mohd Safiuddin Mohd Sezali dari Kampung Panchor Merah, Setiu, Terengganu dan Norfarina Rosli, 26, dari Jalan Kubang Edang, Melur, Kota Bharu, Kelantan.



ANGGOTA bomba berusaha mencari mangsa kemalangan sebuah kereta bertembung dengan bas ekspress mengakibatkan dua orang rentung, di Batu 13 Jalan Pekan Nenasi dekat kampung Sungai Miang, Pekan awal pagi tadi. 
- Foto NSTP


Sumber artikel:

http://www.bharian.com.my/node/10264

No comments:

Post a Comment