Lelaki Maut Dua Kali Dirempuh Kereta

30 Sept 2014
Shah Alam: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh belakang kereta Perodua Myvi sebelum tercampak dan dilanggar pula kereta lain dalam kejadian di Jalan Banting-Pandamaran, Klang, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, mangsa J Selva Nathan, 23, dari Taman Intan 6, Kapar, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala.
Difahamkan, motosikal ditunggangi mangsa merempuh belakang kereta Perodua Myvi menyebabkan mangsa tercampak ke arah bertentangan sebelum dirempuh sebuah lagi kenderaan jenis Proton Saga yang tidak sempat membrek.
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Pandamaran merempuh belakang kereta dipandu lelaki berusia 33 tahun.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak ke sebelah kanan jalan sebelum kereta Proton Saga dari arah bertentangan dipandu lelaki berusia 46 tahun merempuh mangsa,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Rosly berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan cuai.
Sumber artikel:

No comments:

Post a Comment