Penunggang Maut Tercampak Atas Jalan

24 Sept 2014
Kulim: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan kereta Perodua Myvi di Jalan Perdagangan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.50 malam, mangsa Mohamad Nizam Jamari, 23, dari Taman Impian Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari arah Keladi menuju ke Taman Selasih, di sini, maut di tempat kejadian selepas parah di kepala dan badan.

Difahamkan, kenderaan berkenaan bertembung secara bertentangan menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 10 meter ke atas jalan manakala motosikal mangsa terlekat di bawah kereta terbabit menyebabkan kedua-dua kenderaan itu remuk.
Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Abdullah Arshad berkata, mangsa dalam perjalanan dari arah Keladi menuju ke Taman Selasih manakala kereta Myvi yang dipandu seorang wanita berusia 22 tahun yang berasal dari Taman Serai Wangi, Padang Serai datang dari arah Taman Selasih untuk membelok ke kanan jalan.

“Ketika pemandu kereta terbabit hendak membelok ke kanan di simpang berkenaan, tiba-tiba motosikal itu bertembung secara bertentangan menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 10 meter ke atas jalan manakala motosikal mangsa terlekat di bawah kereta terbabit.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah di kepala dan badan maut di tempat kejadian.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim (HK) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Abdullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan cuai.
Sumber artikel:

No comments:

Post a Comment