Insurans kemalangan peribadi berfungsi seperti hampir sama semua polisi insurans lain. Pada dasarnya, anda mendaftar untuk polisi insurans dengan skala faedah dan skop perlindungan tertentu dengan membayar premium tahunan untuk menikmati faedah dan perlindungan.
Sekiranya kemalangan yang mengakibatkan kecederaan, ketidakupayaan atau kematian berlaku, anda atau keluarga anda akan mendapat pampasan dengan sejumlah wang bergantung pada skala faedah dan skop faedah seperti yang tertakluk di dalam polisi anda.
Adakah Insurans Kemalangan Peribadi Mempunyai Pengecualian Perlindungan?
Skop pengecualian perlindungan bagi setiap insurans kemalangan peribadi sudah semestinya berbeza antara satu syarikat insurans dengan syarikat insurans yang lain.
Setiap polisi insurans yang dibeli mempunyai terma, syarat dan pengecualian yang telah ditetapkan oleh pihak insurans. Tidak terkecuali juga bagi insurans kemalangan peribadi, di mana terdapat pengecualian yang tertakluk dalam setiap polisi yang bakal dibeli.
Secara umumnya, pengecualian termasuk kecederaan, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh bunuh diri, peperangan, melahirkan anak, keguguran kandungan, provokasi, pembunuhan atau serangan, kecacatan fizikal atau mental sedia ada, kecederaan atas diri sendiri yang disengajakan, sukan yang merbahaya dan HIV dan AIDS yang berkaitan.
Namun jangan sesekali terlepas pandang akan kepentingan mengemaskini data peribadi jika berlaku perubahan seperti pekerjaan. Ini kerana setiap syarikat insurans akan menetapkan kategori kelas pekerjaan untuk polisi perlindung dan setiap kelas pekerjaan mempunyai risiko yang tersendiri mengikut bidang pekerjaan.
Jadi sebarang penukaran data peribadi terutama sekali pada kategori pekerjaan amat penting demi memastikan pemegang polis masih tertakluk dalam kelas pekerjaan yang telah ditetapkan di dalam polisi dan masih dlindungi dalam kelas pekerjaannya jika berlaku kemalangan.
Di samping itu, polisi-polisi yang tertentu mungkin tidak termasuk perlindungan untuk individu dalam pekerjaan yang dianggap "berisiko tinggi" seperti juruterbang, pemandu perlumbaan, penguji kapal terbang, pelaut, peninju, pegusti atau latihan apa jua berkaitan seni mempertahankan diri, sukan udara dan terlibat dalam sukan profesional.
Untuk ketenangan minda, anda dinasihatkan untuk membaca dan memahami dengan teliti senarai penuh pengecualian apabila anda ingin membeli sesebuah polisi insurans untuk diri sendiri mahupun untuk orang yang tersayang.
Sumber artikel:
No comments:
Post a Comment