KEMAMAN - Seorang penyelia sebuah syarikat pemprosesan minyak maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain di Kilometer 158, Jalan Jerangau Jabor, berhampiran susur masuk LPT 2 Cheneh di sini malam tadi.
Jailani Abdul Jalil, 45, terbunuh di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu.
Ketika kejadian, mangsa yang memandu Perodua Kancil dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Gemilang, Bandar Baru Cheneh untuk ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Gebeng, Kuantan.
Bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki dipercayai terbabas selepas melalui satu selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kenderaan Jailani.
Jalan raya ketika itu dipercayai agak licin akibat hujan lebat. - Bernama
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0910&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_13.htm#ixzz3CxI8tv8Z
No comments:
Post a Comment