Wanita maut, 5 kanak-kanak cedera nahas di Bidor

8 Oct 2014
IPOH: Seorang wanita maut, manakala enam lagi cedera termasuk lima kanak-kanak apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan, dekat Bidor, awal pagi tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bidor, Nasir Mohd Noor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati wanita berkenaan yang juga penumpang MPV sudah meninggal dunia.

"Enam lagi yang cedera sudah dihantar ke hospital berdekatan oleh orang awam," katanya.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Wan Markiyah Wan Hamid, 35, manakala identiti mereka yang cedera belum dikenal pasti.


ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memeriksa kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit kemalangan selepas merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 367 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala selatan, dekat Bidor, awal pagi tadi.


Sumber artikel:



No comments:

Post a Comment