Penunggang Motorsikal Penyumbang Terbesar Kemalangan Maut

1 Oct 2014

Hampir 20% daripada kematian di jalan raya pada tahun 2013 melibatkan golongan muda di Malaysia. Sebanyak 4,294 atau 62.1% daripada kematian melibatkan penunggang motorsikal atau pembonceng motorsikal. Ini membuktikan bahawa penunggang dan pembonceng motorsikal berdepan bahaya risiko yang sangat tinggi apabila berada di atas jalan raya.

Malah lebih membimbangkan adalah di antara 1,362 daripada 6,915 kemalangan maut tahun lepas melibatkan mereka di bawah umur 20 dan kebanyakan daripada mereka adalah pelajar. 

Hal ini boleh dielakkan dengan adanya pemahaman dan pengetahuan  mengenai keselamatan jalan raya. Namun harus diingat langkah keselematan boleh diambil tetapi kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan ianya sesuatu yang tidak dijangka.

Statistik juga menunjukkan penunggang dan pembonceng motorsikal merupakan penyumbang utama kemalangan maut. Keadaan ini boleh dielakkan sekiranya ada pemahaman dan pengetahuan keselamatan jalan raya. Malah kempen kesedaran mengenai kemalangan juga telah banyak diuar-uarkan di media cetak dan media massa. 

Namun kes kemalangan jalan raya saban hari tetap berlaku serta menunjukkan peningkatan. Di sini kesedaran individu iaitu pengguna jalan raya itu sendiri perlu ada. Terutama sekali penunggang dan pembonceng motorsikal.

Malah mereka juga digalakkan mengambil inisiatif sendiri dalam memperlengkapkan diri dengan mengambil perlindungan tambahan seperti insurans kemalangan peribadi. Kenapa perlu membazir? 

Tidak menjadi suatu pembaziran atau kerugian jika mengeluarkan sejumlah wang untuk melabur dalam membeli polisi kemalangan peribadi. Ia seolah sumber kewangan sokongan kepada anda disaat anda dilanda musibah. Sebagai contoh jika anda disahkan lumpuh akibat kemalangan jalan raya dan tidak lagi mampu melakukan rutin pekerjaan anda. Dalam situasi sebegini anda akan merasai manfaat dari polisi kemalangan peribadi yang dikatakan suatu pembaziran tadi.

Sekurang-kurangnya pampasan yang diperolehi dari pihak insurans dapat membantu meringankan sedikit beban kewangan anda dan keluarga. Ia juga sebagai sumber kewangan gantian sementara kepada pendapatan yang kebiasaanya anda perolehi setiap bulan sewaktu bekerja.

Adakah anda masih tetap merasakan insurans kemalangan peribadi sebagai suatu pembaziran dan masih terfikir-fikir lagi untuk melindungi diri dengan polisi ini. Apapun tepuk dada tanya selera. 

Sumber artikel:

No comments:

Post a Comment