PASIR PANJANG - Seorang lelaki bernasib baik kerana mengalami cedera ringan apabila kereta Perodua Myvi dinaikinya terbabas sehingga melanggar tiang elektrik dan paip, di Kampung Sungai Paya, dekat sini.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku jam 1.30 petang semalam itu, lelaki terbabit dalam perjalanan dari Port Dickson ke Melaka.

Kata sumber, tiba di tempat kejadian, kereta dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan terbabas dan melanggar tiang elektrik dan paip.


Keadaan kereta mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Sungai Paya, petang semalam.

Sumber artikel: