5 Cara Mudah Untuk Kekal Muda

14 Oct 2016



Aktiviti seharian yang padat dan waktu kerja yang tidak menentu sememangnya amat meletihkan. Lebih-lebih lagi bagi warga kota yang tinggal di bandar-bandar besar tentu menghadapi lebih tekanan terutamanya di waktu pagi dan petang disebabkan kesesakan jalan raya. Sudah pasti rutin seharian sebegini amat memenatkan hingga setiap dari kita mengabaikan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Adakah anda tahu bahawa tekanan demi tekanan serta rutin harian yang terlalu sibuk boleh mengakibatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia. Namun anda tidak perlu bimbang kerana ada cara yang mudah untuk anda semua pratikkan secara konsisten. Mari kita singkap bersama!

Tidur Yang Cukup
Aktiviti seharian yang sibuk kadang-kala mengakibatkan seseorang individu mengabaikan waktu tidur mereka. Mungkin ramai yang tidak tahu mempunyai waktu tidur yang konsisten setiap hari dapat menjana semula tenaga yang hilang akibat keletihan seharian bekerja. Maka penting untuk seseorang mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Ini kerana badan manusia akan berehat sepenuhnya ketika mereka tidur.

Minum Air Kosong
Air kosong adalah cara termudah dan termurah untuk kekal awet muda. Di mana anda perlu tahu sekitar 80% tubuh manusia terdiri daripada air. Apa guna menggunakan produk kecantikan yang mahal untuk penjagaan wajah namun kurang minum air yang anda sedia maklum mempunyai banyak kelebihan semulajadi. Minum sebanyak mana air putih yang anda mampu. Elakkan alasan malas nak buang air kecil banyak kali  dan sebagainya. Tiada alasan jika kita mampu mendisplinkan diri sendiri.

Hindari Tekanan
Hanya orang gila sahaja tidak tertekan! Itu ungkapan yang sering didengari namun anda silap kerana tekanan jugalah mampu mengakibatkan seseorang itu hilang kewarasan. Tahukan anda tekanan mampu menjadikan seseorang itu kelihatan lebih tua sebelum usia. Walaupun tekanan dan manusia  tidak dapat dipisahkan. Namun pokok pangkalnya, anda sendiri mampu mengawal setiap tekanan yang mendatang. Apa yang penting adalah anda tahu bagaimana untuk mencari jalan penyelesaian untuk menanganinya.

Senyum
Nampak mudah bukan? Hanya perlu senyum untuk kelihatan lebih muda. Semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk senyuman berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu tengah marah atau bermasam muka. Senyum itu bukan sahaja sedekah, mudah malah percuma. Sebuah senyuman juga dapat mengubah keadaan emosi anda menjadi lebih ceria dan positif. Jadi jangan lupa untuk lengkapkan hari anda dengan senyuman.

Bersenam
Senaman adalah aktiviti paling sukar dan paling malas untuk dilakukan secara konsisten oleh kebanyakan individu. Senaman juga bukan hanya tertumpu pada ‘jogging’ atau pergi ke gym semata. Namun sebagai permulaan anda hanya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan, mengemas rumah, menaiki tangga dan sebagainya. Sudah memadai jika anda meluangkan masa 3 kali seminggu, tetapi bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam sahaja.

Read more ...

4 Best Home Remedies for Bladder Infections

7 Oct 2016

A bladder infection, also known as a urinary tract infection (UTI), can occur when bacteria grow uncontrollably inside the bladder. This type of infection can affect anyone, but it most often occurs in women.
Drink More Water

This may not sound like the most extraordinary remedy, but it is one of the most important things you can do when you have a UTI. It can help flush out bacteria, and (almost) more importantly, it gives you something to actually push out when you pee! 

Cranberry Juice

Cranberry has been a natural treatment for bladder infections for generations. According to recent research, cranberry juice and cranberry tablets have shown some promise as a remedy for women who frequently experience bladder infections. However, it’s not entirely clear whether cranberry juice really works for treating bladder infections in the larger population.

Barley

Barley water is hence the best medicine when you have a Urinary Tract Infection. Boil a table spoon of barley seeds in a liter of water. Bring down the quantity to half and keep consuming barley water throughout the day.

Frequent urination

Frequent urination helps eliminate the infection by moving bacteria out of the bladder. “Holding it,” or not going to the bathroom when you need to, allows bacteria to continue multiplying inside in the bladder. It’s especially important to urinate after having sex.

Article Sources:


Photo Source:
Read more ...