Kadar Bankrap Rakyat Malaysia Membimbangkan. Apa Puncanya?

18 Jan 2019
bankrap, kewangan, kad kredit, pinjaman peribadi, hutang

Setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam mengurus kewangan. Namun, jika tiada ilmu dan kesedaran tentang pengurusan kewangan maka seseorang itu boleh terbeban dengan masalah hutang. Tabiat hutang yang tidak terkawal akhirnya akan menjadi punca individu diisytiharkan muflis. Ini kerana tahap kesedaran kewangan rakyat Malaysia masih rendah. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan dan badan-badan berkaitan untuk meningkatkan kesedaran kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Pelbagai senario berlaku yang membuktikan tahap celik kewangan rakyat Malaysia di paras rendah. Menurut laporan akhbar Berita Harian sikap berhutang golongan belia amat membimbangkan. Golongan berusia antara 35 hingga 44 tahun paling ramai muflis iaitu 34.4 peratus daripada kesuluruhan. Hutang kad kredit, pinjaman peribadi, kereta dan perniagaan antara punca mereka diisytiharkan muflis. 

Kurangnya ilmu pengurusan kewangan boleh membawa pelbagai kesan buruk di masa akan datang. Sebaiknya amalan celik kewangan perlu dipelajari dan diamalkann diusia muda supaya boleh dipraktikkan hingga tamat tempoh persaraan. Menurut data yang dikeluarkan oleh KWSP, 70 peratus ahli yang mengeluarkan simpanan mereka pada usia 55 tahun menghabiskan wang tersebut kurang daripada 10 tahun selepas bersara. 

Pendedahan awal tentang bijak kewangan terhadap golongan muda perlu dilakukan sebagai pencegahan. Pendidikan ini perlu dipupuk dan dipraktikkan supaya mampu mengukuhkan kewangan anak muda. Antara perkara-perkara yang perlu ditekankan adalah seperti berikut:

  1. Mulakan simpanan sebaik sahaja anda telah mempunyai pendapatan tetap dengan. Lakukan secara ‘Force Saving’ ketepikan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan sebagai simpanan tetap. Paling baik jika anda berjaya mempunyai simpanan bersamaan 6 bulan gaji atau lebih. 

  2. Mempunyai sekurang-kurangnya perlindungan insurans takaful atau konvensional. Hal ini kerana peratusan penduduk yang mempunyai pelan perlindungan masih di tahap rendah iaitu 54%. Melindungi diri bermaksud jika berlaku apa-apa musibah terhadap anda maka insurans akan membantu meringankan beban kewangan yang bakal ditanggung waris atau anda sendiri. 

  3. Elakkan hutang jahat iaitu hutang kad kredit dan pinjaman peribadi. Mengapa ia dipanggil sebagai hutang jahat? Kerana kadar faedah yang dikenakan tinggi.  

  4. Tetapkan keinginan jangka masa panjang seperti ingin memiliki rumah, memiliki kereta, dan bebas hutang. Sediakan beberapa tabung untuk merealisasikan semua sasaran anda. Amalkan belanja mengikut atau di bawah paras kemampuan bukan melebihi pendapatan.  

  5. Mulakan amalan menabung sejak dari kecil kerana amalan tersebut dapat membantu untuk anda mendapatkan momentum hingga dewasa. Lebih mudah untuk mempratikkan sesuatu jika ia telah menjadi suatu amalan dan kebiasaan.  

  6. Kawal perbelanjaan dengan mementingkan keperluan berbanding kehendak. Anda perlu mempunyai displin dan tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan anda di landasan yang betul. Langsaikan segala komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta, pendidikan dan bil-bil berkaitan yang jauh lebih penting berbanding menukar telefon bimbit baharu.  

  7. Sebaik-baiknya elakkan tunggakan komitmen bulanan yang hanya akan menjerat diri anda dengan bebanan hutang. Tunggakan dua hingga tiga bulan hanya akan menyukarkan anda untuk melangsaikan jumlah keseluruhan hutang.
Read more ...

5 Ways to Lose Weight Without Diet and Exercise

10 Jan 2019
exercise, healthy, food, stamina, habit, lose, weight
 
 
Don’t Skip Your Breakfast
 
Let’s start your morning with healthy breakfast that contain of protein, fat and carbohydrates to give energy you need throughout the day. You may choose eggs, wheat bread, baked beans, yogurt, nuts and peanut butter as your breakfast. But then make sure you take with the right portion.

Avoid Junk food


Every each of us love to snack especially junk food. Why not you start to replace your unhealthy snacking habit with the healthy snack like fruits, almonds, pistachios, baby tomatoes, etc. All these foods are low calorie and highly nutritious.

Drink Plenty of Water


Make sure you drink enough water to prevent your body from dehydration. Drinking water also may help you feel less hungry. You may drink plain water before your meal, it helps you to eat less and lose weight.

Chew Slow
 
What is the significant between eating slow and lose weight? The fact is your brain needs time to process when you've had enough to eat. Hence, your brain can have more time to receive and process signal from your stomach that it is full. Furthermore, eating slowly helps you eat less by
chewing your food slowly and thoroughly.
 
Avoid Stress and Sleep Well


Both stress and sleep have a powerful effect on your appetite and weight gain. Therefore, it’s important for a person to get quality sleep at least 7-8 hours daily in order to regenerate energy that loss in a daily routine. A lack of sleep also may disturb the appetite-regulating hormones ghrelin and leptin. When these hormones disrupted it can increase appetite and cravings for unhealthy food.

Image Source:

Read more ...