Insurans Sudah Jadi Keperluan

30 Mar 2018
insurans, perlindungan risiko, kewangan, kesihatan, nyawa, perubatan

Lazimnya, insurans hanya menjadi kepentingan apabila diri dilanda musibah. Namun kekangan wang, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan keadaan ekonomi negara yang sukar dijangkakan sekarang, ramai lebih mementingkan perbelanjaan isi rumah berbanding pengambilan insurans. Mungkin berlaku sedikit kelembapan dalam industri insurans?

Bagaimanapun, rakyat Malaysia masih mementingkan insurans kerana kesedaran mereka mengenai kepentingan perlindungan dalam kehidupan membabitkan kos perubatan yang meningkat.


Jika dilihat, banyak syarikat insurans menyatakan pertumbuhan insurans semakin meningkat dan berpotensi untuk berkembang memandangkan rakyat mula sedar mengenai kepentingan pengambilan insurans hayat dan perubatan.

Pengambilan insurans adalah penting walaupun terbeban dengan kos sara hidup tinggi dan keadaan ekonomi tidak menentu.


Ketua Jururawat Unit Perawatan Jantung di Hospital Tuanku Fauziah, Rusmira Ramli berkata, kepentingan insurans dilihat apabila memerlukan rawatan khas dan kos rawatan tinggi.


"Jika tiada insurans, untuk mendapatkan rawatan khas di hospital kerajaan, perlu menunggu masa lama. Jika ada insurans, ia memudahkan untuk dapat rawatan segera di hospital swasta," katanya.


Katanya, insurans juga memudahkan untuk memilih mana-mana pakar untuk rawatan.


Bagaimanapun katanya, hospital kerajaan juga menyediakan perkhidmatan rawatan terbaik bagi penyakit kritikal.


Pekerja swasta, Shukria Aziz berkata, insurans bukan lagi kehendak tetapi  adalah keperluan.


"Dengan banyak pendedahan, peratusan pemahaman dan kesedaran mengenai insurans semakin meningkat," katanya.


Pelaksanaan GST memberi kesan kepada perniagaan insurans namun tidak membebankan bagi menanggung segala kos perubatan yang akan meningkat.

Selain itu, tanggapan segelintir individu bahawa kemudahan kesihatan adalah tanggungjawab majikan juga masih diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini.


Katanya, pengalaman ahli keluarga dan kawan-kawan yang berhadapan dengan ejen tidak bertanggungjawab dalam hal-hal tuntutan menjadi punca orang ramai kurang membeli insurans.


"Mereka juga kurang memahami mengenai perlindungan insurans yang diambil dan cara penyampaian yang kurang berkesan daripada pihak insurans.


Bagi pelajar, Farah Nuzaily Zakaria berkata, pengambilan insurans penting namun masih ada segelintir masyarakat lebih mementingkan perbelanjaan harian.


Katanya, kadar dan harga semasa membeli insurans yang mahal juga menyebabkan orang ramai tidak mampu untuk menampung komitmen pembayaran setiap bulan.


"Pembayaran insurans minimum RM100 sebulan jika digunakan untuk keperluan harian pelbagai barang boleh dibeli. Masyarakat perlu diberi pendedahan dan kesedaran terhadap risiko yang bakal dihadapi sekiranya menghadapi masalah kesihatan ketika tidak mempunyai perlindungan.


“Persatuan insurans dan takaful perlu menganjurkan seminar percuma kepada masyarakat berkaitan dengan pengurusan risiko, sekali gus memberikan pendedahan umum kepada orang ramai,” katanya.

Sumber artikel:

Sumber Foto:
Read more ...

Mengonsumsi 4 Makanan ini untuk Kulit Sihat dan Cantik

16 Mar 2018
kesehatan, cantik, kulit, muka
 
Salmon
Ikan salmon adalah salah satu makanan lezat yang memiliki banyak khasiat yang penting bagi kesehatan. Seperti asam amino, vitamin A, vitamin D, vitamin B6, vitamin E, zat besi, magnesium dan fosfor. Salmon juga kaya akan asam lemak omega-3 yang membantu mengurangi inflamasi, kerut dan jerawat. Bahkan kandungan omega-3nya yang tinggi boleh juga membantu melembabkan kulit dari dalam.

Coklat Hitam
Pelbagai manfaat yang boleh diperolehi dari coklat hitam  selain kaya akan antioksidan. Coklat hitam juga bisa membantu melindungi kulit Anda dari paparan sinar UV.  Ini dibuktikan oleh peneliti di Jerman menemukan coklat hitam juga boleh menghilangkan kulit kasar dan melicinkan kulit. Namun harus pilih coklat hitam yang mengandung 80% cocoa supaya tidak ada tambahan gula atau susu yang terlalu banyak.

Bayam

Sayuran hijau ini kaya akan berbagai vitamin terutama Vitamin E, zat besi, asam lemak dan omega-3 yang dapat mencegah penuaan diri. Tambahan pula bayam juga membantu memperkuat jaringan kulit dan menyingkirkan racun pada tubuh.

Buah Beri
 
Raspberry merah mengandung anthocyanin, nutrisi yang sangat penting untuk menjaga kulit muda dan kulit yang indah juga. Buah beri juga merupakan pilihan yang sangat baik untuk menyingkirkan racun dan radikal bebas dalam tubuh Anda.

Sumber Foto:
 
Read more ...

Sakit Kepala? Ketahui Apa Puncanya

8 Mar 2018



Alahan dan Sinus
Ada di antara individu kerap mengalami sakit kepala berpunca daripada alahan. Pening atau sakit kepala boleh tercetus akibat daripada sinus atau alahan kepada persekitaran yang mampu mencetus sakit kepala. Pening atau sakit kepala kepada alahan akan menyebabkan mata berair, mata gatal dan sakit yang biasanya dirasai diseluruh kepala dan muka. 

Caffeine Withdrawal
"Caffeine withdrawal" kebiasaannya diakibatkan oleh pengurangan pengambilan kafein dengan mendadak. Hal ini, berlaku kerana apabila peminum kafein tegar yang cuba untuk mengurangkan pengambilan kafein dalam menu hariannya boleh menyebabkan tekanan darah menurun dan menyebabkan pengaliran darah terus turun dari kepala. Malah, kebiasaanya ia akan bermula di bahagian mata kemudian berpindah ke bahagian hadapan kepala.

Migrain

Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang kerap menyerang seseorang. Kesakitan migrain kebiasaanya dirasai di sebelah bahagian kepala sahaja. Migrain juga sering kali berpunca daripada bunyi, bau yang terlalu kuat. Malah, jika seseorang itu terdedah dengan cahaya yang begitu terang juga boleh mencetuskan serangan migrain yang mampu berlarutan serta boleh menghalang aktitviti harian.

Stres 
Antara simptom-simptom yang menyebabkan punca tekanan apabila anda mula mengalami ketegangan di bahagian leher dan sering sakit di bahagian kiri kepala, dan belakang kepala. Ia berpunca akibat stres yang boleh berlaku pada bila-bila masa dan adakalanya menyebabkan kesukaran untuk tidur. Stres juga sering berpunca akibat dari bunyi, bau yang terlalu kuat dan cahaya yang terlalu terang.


Sumber Foto:
Read more ...

4 Natural Ways to Get Rid of Eye Bags

2 Mar 2018




Cucumber
Cucumber is one of the incredible natural remedy on skin specially to get rid of eye bags.  The anti-inflammatory agent of the cucumber its antioxidant will help to refresh your eyes and reduce puffy tissues as well. Just a simple way, slice and chill a couple of cucumber in the freezer and put on your eyes for 15 minutes. 

Potatoes
Did you know that a raw potato can provide natural benefits for your skin? Not only rich in Vitamin C, it going to help to prevent of free radicals. You can use potatoes as well just like cucumbers. Slice a raw potato after refrigerating for a couple of minutes then place the pieces under your eyes. Let slices dry completely and just leave it like 10 minutes and you will feel rejuvenated.

Ice Cubes
Applying something cold to the specific area of skin can help the blood vessels compress faster for a temporary relief. Put ice cubes in the some thin of textile then gently put the ice cubes for 5 minutes on your eye bags. You will see the puffiness of the eyes can be reduced.

Tea Bags
This is one of the simple way, plus most affordable methods are with tea bags to soothing and drooping your eyelids. Get two tea bags that already used then put in refrigerate for a while. Applying the chilled tea bags over your eyes around 10-15 minutes. This treatment will help to reduce your dark circles and puffy eyes. Use this tea bag treatment at least once in two days. 

Source of Image:
Read more ...