Perkara Yang Perlu Anda Tahu Apabila Membeli Polisi Kemalangan Peribadi

29 Sept 2014
Skala Faedah

Ini merujuk pada kepada jumlah yang akan dibayar oleh syarikat insurans untuk beberapa jenis tuntutan seperti kehilangan anggota badan, penglihatan, pendengaran, dan sebagainya akibat kecederaan. Sebagai contoh, skala faedah mungkin menyatakan anda akan menerima 10% dari jumlah yang diinsuranskan bagi kehilangan jari telunjuk. 

Menamakan Pewaris

Anda perlu menamakan seseorang sebagai pewaris untuk menerima wang yang telah dibayar di bawah polisi tersebut. Ini boleh dilakukan ketika anda memohon polisi kemalangan peribadi atau pada bila-bila waktu selepas polisi dilkeluarkan. Malah anda perlu memaklumkan kepada individu terlibat bahawa anda telah menamakannya sebagai pewaris.

Tanggungjawab Untuk Mendedahkan (duty of disclosure)

Anda perlu menyatakan secara penuh segala fakta yang penting dalam borang permohonan seperti kesihatan, pekerjaan, nombor polisi yang anda miliki. Ini membolehkan syarikat insurans mempertimbangkan permohonan anda dengan baik. Jika anda gagal untuk menyatakan fakta-fakta ini maka syarikat insurans anda akan menolak tuntutan anda.

Apabila anda dilindungi, anda perlu sentiasa memaklumkan kepada syarikat insurans anda sekiranya anda menukar pekerjaan kerana ini boleh memberi kesan kepada risiko profil anda.

No comments:

Post a Comment