Lindungi Diri Sebelum Berjalan

23 Sept 2014

Namun, tahukah anda apa itu insurans perjalanan?

Insurans perjalanan adalah insurans yang dibeli untuk melindungi anda atau keluarga terhadap kemalangan, kerugian dan gangguan ketika perjalanan atau percutian. Ia terhad kepada tempoh perjalanan anda. 

Bagaimanapun, terdapat sesetengah syarikat insurans yang mungkin menawarkan kombinasi beberapa perlindungan untuk memenuhi keperluan tertentu pelanggan, termasuk polisi tahunan jang­ka panjang jika anda sering membuat perjalanan.

Menerusi insurans perjalanan, perlindungan biasanya akan diberikan terhadap kemalangan diri, kehilangan pasport, kelewatan serta kehilangan bagasi, barang-barang kepunyaan peribadi dan wang.

Selain itu, belanja perubatan dan yang berkaitan, liabiliti diri termasuk kelewatan perjalanan dan penghantaran pulang jenazah jika berlaku kemalangan maut terhadap pihak diinsuranskan turut ditanggung menerusi insurans perjalanan yang diambil.

Namun, sebelum mengambil insurans perjalanan, pelbagai perkara yang perlu dititikberat­kan. Ini kerana setiap syarikat insurans menawarkan polisi dan manfaat yang berlainan. Justeru, sebelum mengambil insurans perjalanan, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.

Antaranya, anda perlu memahami bahawa insurans perjalanan adalah satu biaya dan bukan pelaburan. Ini bermaksud, apabila kita membeli insurans perjalanan
dan tidak ada sebarang masalah yang berlaku, duit anda tidak akan dikembalikan.

Tanya secara terperinci kepada agen insurans setiap perkara yang tertulis dalam polisi dan cuba memahaminya dengan baik supaya tidak akan timbul sebarang masalah di belakang hari.

Disebabkan anda perlu mengeluarkan perbelanjaan bagi membeli insurans perjalanan, adalah lebih baik anda bertanya kepada teman atau sesiapa yang pernah membelinya dan cuba fahami.

Jangan lupa tanyakan mengenai prosedur tuntutan. Lebih cepat dan mudah proses tuntutan, ia bermakna syarikat insurans itu mempunyai kualiti kerja yang baik. 

Oleh yang demikian, sebelum mengambil insurans perjalanan yang ditawarkan mana-mana syarikat insurans, perhatikan latar belakang bagi memastikan insurans yang diambil adalah yang terbaik.

Pastikan juga anda memahami segala manfaat yang diberikan serta syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat insurans yang dipilih bagi memberikan perlindungan yang terbaik untuk anda serta keluarga sepanjang percutian.

Sumber artikel:

No comments:

Post a Comment