Kulit Licin Dengan Skrub Buatan Sendiri

25 Aug 2017


 mudah, pencuci wajah
Setiap hari kulit kita tidak akan terlepasa terdedah dengan sinaran cahaya matahari, habuk dan kekotoran yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh yang demikian, mencuci muka dengan pencuci wajah sahaja tidak mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Di sini skrub berfungsi untuk menghilangkan segala cela dan merawat sel kulit mati di wajah. Berikut adalah cara mudah untuk anda melakukan skrub buatan sendiri di rumah.

Skrub Kopi

Kandungan flavonoidnya dan polifenol yang terkandung di dalam kopi berupaya untuk mencegah radikal bebas. Selain itu, kafein yang ada pada kopi juga berfungsi sebagai vasorestrictor yang membantu menegangkan wajah. Hanya ambil satu sudu kopi dan dicampurkan sedikit dengan air. Kemudian sapu rata ke muka, biarkan sehingga kering dan bilas. Skrub ini juga boleh digunakan untuk skrub badan jika anda mahu. 

Skrub Teh Hijau 

Teh hijau bukan sahaja baik untuk diminum, namun ia juga boleh digunakan sebagai skrub wajah. Selain kandungan antioksidan yang tinggi mampu membantu mengusir radikal bebas. Anda hanya perlukan teh hijau dan sedikit madu digaul bersama untuk dijadikan pes skrub. Lumur rata ke muka, biarkan beberapa minit dan bilas. Skrub ini salah satu cara digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat.

Skrub Beras

Skrub yang sering diamalkan dan diturunkan secara turun-temurun kerana keberkesanannya memang terbukti menghalus dan melicinkan wajah dan tubuh badan. Hanya mengambil segenggam beras dan gorengkannya tanpa minyak sehingga keperang-perangan. Kisar beras dan dicampurkan dengan kunyit hidup anggaran sebesar ibu jari yang telah ditumbuk. Campurkan adunan skrub tadi bersama sedikit air asam jawa dan perapkan seketika. Kemudian, boleh digunakan sama ada sebagai skrub muka atau badan. 

Skrub Oat

Cukup sekadar mengambil senduk oat yang telah dikisar kasar. Lalu campurkan sedikit air dan diratakan ke seluruh permukaan wajah terutama sekali dibahagian ‘Zon T’ wajah iaitu dahi, hidung dan dagu. Biarkan selama beberapa minit supaya nutrisi yang ada pada oat mampu meresap masuk  ke kulit wajah. Biarkan beberapa minit lalu bilas sehingga bersih. Skrub beras ini berupaya membersihkan kotoran dan minyak di wajah namun masih mengekalkan kelembapan kulit muka.

Sumber Foto: 

No comments:

Post a Comment