Risiko Melancong Tanpa Insurans Perjalanan

8 Sep 2017


Masih ramai rakyat Malaysia kurang kesedaran tentang kepentingan insurans. Rata-rata mereka yang pergi melancong ke luar negara tidak melengkapkan diri dengan perlindungan insurans. Menurut laporan Berita Harian, hanya 34.6 peratus rakyat Malaysia membeli insurans perjalanan ketika ke luar negara dan lokasi mencabar.   
 
Ternyata hal ini menggambarkan bahawa kesedaran pengambilan insurans yang rendah di negara ini. Musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Mungkin sebelum perjalanan anda dalam keadaan sihat, namun bagaimana sesudah sampai ke luar negara anda ditakdirkan jatuh sakit atau berlaku kemalangan?

Adakah anda pernah terfikir dan sudah bersedia berdepan dengan keadaan tak dijangka? Adakah sumber kewangan anda sudah mencukupi? Jika hal ini berlaku ternyata ia akan memberi kesan kepada percutian anda. Semestinya anda perlu tinggal lebih lama di sana, di mana anda perlu mengeluarkan kos untuk tempat tinggal, makan dan sebagainya tentu memerlukan sumber kewangan yang mencukupi. 
 
Hal ini, juga dibuktikan apabila menurut laporan berita melaporkan kejadian rakyat Malaysia yang tidak lindungi oleh insurans perjalanan terkandas di luar negara kerana terlantar akibat sakit kronik. Mereka mengalami kesukaran untuk pulang akibat kekurangan sumber kewangan serta tidak mampu menanggung kos perubatan mencecah ratusan ribu ringgit sehingga terpaksa meminta bantuan orang ramai.

Beban yang ditanggung mungkin akan berkurangan sekiranya setiap individu yang ingin ke luar negara melindungi diri sewajarnya dengan insurans perjalanan. Sekurang-kurangnya, pihak insurans dapat membantu menanggung kos rawatan.

Pembelian insurans perjalanan juga disokong oleh kerajaan, di mana baru-baru ini Kementerian Pengakutan telah mengeluarkan kenyataan sedia mengkaji keperluan penumpang pesawat dari kalangan rakyat Malaysia yang mahu ke luar negara mengambil insurans perjalanan menerusi syarikat penerbangan.

Setiap individu seharusnya sudah perlu tahu kepentingan melengkapkan diri dengan insurans perjalanan. Jangan terlalu berkira  untuk melindungi diri pada waktu tak terjangka. Apa yang lebih penting risiko yang mungkin berlaku dengan melihat kepada situasi yang tak dijangka iaitu disaat apabila secara tiba-tiba berlakunya musibah. Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Sumber Foto:


1 comment: