Persediaan Kewangan Sebelum Bersara

19 May 2017


Sudah pasti setiap daripada kita akan menempuhi alam persaraan. Malah sudah tentu setiap individu telah melakukan persediaan kewangan awal sebelum bersara. Hal ini penting kerana ingin memastikan sewaktu bersara seseorang itu mempunyai wang persaraan yang mencukupi demi menjamin kehidupan selesa dan berkualiti.
 
Oleh yang demikian, perancangan awal perlu dimulakan walaupun tempoh persaraan anda mungkin memakan masa berpuluh tahun lagi. Namun, anda perlu peka terhadap peningkatan kos kehidupan yang berubah saban hari. Hal ini yang akan mengakibatkan anda perlu mencari beberapa sumber pelaburan yang boleh meningkatkan sumber kewangan persaraan anda.

Berikut antara tips yang boleh diguna pakai dalam menyediakan persediaan kewangan sebelum bersara.

Membeli Insurans

Pembelian insurans dari usia muda adalah adalah tindakan bijak demi menghadapi kos rawatan dan perubatan yang semakin meningkat. Ini termasuk perlindungan jika individu yang dilindungi hilang upaya atau penyakit kritikal. Di dalam keadaan anda tidak mempunyai pendapatan tetap. Sudah pasti anda ingin mengurangkan beban kewangan dan menjamin kualiti hidup serta tahap kesihatan selepas bersara. 

Mula Melabur

Jangan hanya bergantung kepada wang simpanan pekerja dan pencen semata-mata sebagai persediaan persaraan. Jalan terbaik untuk menambah wang simpanan adalah mulakan dengan pelaburan. Pelbagaikan pelaburan anda seperti melabur dalam unit amanah, skim persaraan, dan pelaburan hartanah. Melabur dalam hartanah tidak akan menjadi suatu kerugian kerana harga hartanah semakin hari semakin meningkat.

Bebas Hutang

Menjadi salah seorang bebas daripada bebanan hutang adalah menjadi impian setiap individu. Oleh itu, pastikan beberapa tahun sebelum tempoh persaraan anda telah melangsaikan 80% hutang yang masih tertangguh. Sebagai contoh, hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan. Namun, apa yang paling penting elakkan menambah hutang baharu yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.

Sumber Foto:

No comments:

Post a Comment