Tips Perjalanan: Ambil Kira Segala Kemungkinan

25 Mar 2015


Ramai orang yang mampu melancong namun tidak ramai yang sanggup untuk mengeluarkan sejumlah wang demi melindungi diri sewaktu memulakan perjalanan. Masih ramai yang tidak mahu membeli insurans perjalanan kerana merasakan selama melancong tidak pernah berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Ini kerana, ramai dikalangan individu masih mengabaikan kepentingan insurans perjalanan. Ramai yang berpendapat menginsuranskan diri dengan insurans perjalanan hanya akan menambahkan kos perjalanan. 

Apapun sebagai individu yang kerap bercuti dan melakukan perjalanan jarak jauh terutama sekali ke luar negara. Pembelian insurans perjalanan amatlah digalakkan demi melindungi diri anda untuk risiko tidak terjangka.

Kemalangan dan sakit bila-bila masa sahaja boleh menimpa diri anda. Sudahkan anda membuat persediaan kewangan yang mencukupi untuk menampung segala kos rawatan di hospital sekiranya anda ditakdirkan terlibat dalam kemalangan atau sakit tiba-tiba.
  
Adakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku ketika di luar negara? Anda sering merasa rugi mengambil insurans perjalanan kerana setiap kali bercuti anda tidak pernah menggunakannya? 

Ini adalah salah satu faktor membuatkan ramai orang tidak mahu membeli insurans perjalanan. Apapun alasan anda, demi menjamin ketenangan minda, adalah lebih baik jika anda mengutamakan kebajikan diri terlebih dahulu dengan melengkapkan diri dengan insurans perjalanan.


Sumber Foto:

ddler.com/wp-content/uploads/2013/09/Business-Travel-Insurance.jpg


No comments:

Post a Comment