Jadikan Insurans Sebagai Aset Perlindungan

9 Mar 2015

Realiti kini, kos hidup semakin hari semakin meningkat. Jadi keutamaan utama sudah semestinya untuk bekerja demi menjana pendapatan. Mungkin disebabkan itu juga sudah mula timbul kesedaran orang ramai untuk melindungi diri dengan perlindungan tambahan.

Menjadikan perlindungan tambahan sebagai aset juga adalah salah satu langkah terbaik demi memberi perlindungan kepada pendapatan anda. Sekiranya anda disahkan mengalami sakit kronik yang memerlukan pembedahan dan rawatan susulan. 

Atau mungkin sekiranya anda terlibat dalam kemalangan lalu hilang upaya kekal atau maut. Maka di sini peranan insurans yang dibeli menjadi aset dalam memberi biaya kepada kewangan anda disaat anda memerlukan. 

Sebagai contoh, jika anda dimasukkan ke hospital. Tentu sahaja bil serta kos rawatan memakan belanja ribuan ringgit. Jadi disinilah fungsi insurans meringankan beban kewangan anda dengan membiaya segala kos rawatan selama anda perlu dirawat di hospital.

Anda perlu ingat insurans bukan suatu aset yang boleh digadai namun ia adalah aset yang mampu membiaya anda, insan tersayang dan harta benda. Tidak dinafikan setiap daripada kita berusaha dalam mengumpul aset seperti rumah, kereta, saham dan simpanan demi menjamin masa depan. 

Namun insurans juga boleh dijadikan aset terbaik sewaktu anda ditimpa musibah. Apabila berlaku kejadian yang tidak dijangka seperti sakit, kemalangan, hilang upaya, hilang nyawa, dan harta benda. Pampasan yang bakal diperolehi sekurang-kurangnya tidak banyak sedikit dapat membantu membiaya anda sewaktu ditimpa musibah.

 Walaupun masih ada yang ragu-ragu terhadap manfaat perlindungan insurans. Jadi sudah tiba masa untuk anda mula menjadikan insurans sebagai aset sekaligus perlindungan tambahan demi menjamin kualiti kehidupan di zaman dunia semakin maju dan kos kehidupan semakin bertambah.

Seharusnya anda perlu bijak dalam melaukan pelaburan yang mampu memberi manfaat terbaik dikala anda memerlukan sumber kewangan kedua iaitu daripada pelaburan yang dilakukan sebagai contoh simpanan kecemasan dan insurans. 

Sebagaimana anda berusaha melindungi segala aset yang anda sayangi. Begitu juga anda perlu  melindungi dan menyayangi diri anda dan insan yang anda sayangi. 

Sumber foto :


No comments:

Post a Comment