Jika anda benar bertanggungjawab dan menyayangi keluarga. Sudah tentu anda akan memikirkan soal masa depan mereka dan telah membuat persiapan dengan melengkapkan diri dan keluarga dengan perlindungan tambahan jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.
Mengambil langkah berhati-hati sahaja tidak mencukupi, kerana kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa dijangka. Persediaan dalam mengambil langkah tambahan dengan melindungi diri dengan insurans. Mengapa?
Kemalangan Tak Dapat Dijangka
Setiap hari ada sahaja berita mengenai kes kemalangan jalan raya dilaporkan. Malah ada antara kita juga tidak terkecuali melihat kes kemalangan jalan raya berlaku di hadapan mata.
Jadi perlindungan tambahan seperti insurans kemalangan peribadi perlu dipertimbangkan untuk dimiliki. Ia juga mampu dimiliki kerana premiumnya rendah dan hanya perlu dibayar secara tahunan. Ditambah, perlindungan ini mampu memberi perlindungan kewangan sewaktu diri dilanda musibah yang tidak dijangka.
Membantu Anda Melangsaikan Hutang
Kebanyakkan antara kita tidak kira golongan kaya mahupun golongan sederhana pasti akan membuat pinjaman bank untuk membeli aset besar seperti rumah dan kereta. Jadi secara tidak langsung anda akan berhutang.
Namun dengan adanya perlindungan insurans sekurang-kurangnya pampasan yang diterima mampu untuk melangsaikan hutang pinjaman kereta, kredit kad, pinjaman pelajaran, kos rawatan dan perbelanjaan harian.
Bayangkan bagaimana jika anda tiba-tiba ditakdirkan meninggal dunia akibat kemalangan mahupun sakit. Sudah tentu anda tidak mahu keluarga anda dibebani hutang.
Wang Simpanan Tidak Mencukupi
Kebiasaannya wang simpanan digunakan apabila sesuatu kecemasan berlaku sebagai contoh jika anda diberhentikan kerja atau sakit kronik. Sudah tentu ia memerlukan sumber kewangan yang cukup. Namun bagaimana jika simpanan anda tidak mencukupi menampung perbelanjaan.
Maka perlindungan tambahan seperti insurans amat membantu dikala anda sudah tidak berkemampuan untuk bekerja akibat sakit mahupun kemalangan. Sekurang-kurangnya pampasan insurans dapat membantu mengurangkan beban kewangan anda.
Insurans Disediakan Majikan Terhad
Suatu kelebihan jika majikannya menjaga kebajikan dengan menyediakan perlindungan insurans. Namun seeloknya jangan terlalu bergantung harap yang disediakan oleh majikan.
Ini kerana, anda hanya akan dilindungi selama mana anda berkhidmat terhadap syarikat tersebut. Bagaimana jika secara tiba-tiba anda diberhentikan atau kehilangan kerja?
Persoalannya kita mampu untuk melindungi harta benda seperti rumah dan kereta. Namun mengapa kita masih tiada kesedaran untuk melindungi aset terpenting dalam kehidupan iaitu nyawa dan diri sendiri.
Persoalannya kita mampu untuk melindungi harta benda seperti rumah dan kereta. Namun mengapa kita masih tiada kesedaran untuk melindungi aset terpenting dalam kehidupan iaitu nyawa dan diri sendiri.
Image source:
No comments:
Post a Comment