Tips Elak Lemak Di Pinggang (Belly Fat)

13 Mar 2015
Masalah lemak berlebihan di sekitar pinggang dan perut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira golongan wanita mahupun lelaki. Semestinya hal ini amat merisaukan bagi sesiapa sahaja yang mengalaminya. Namun kini bukan sahaja golongan wanita, malah golongan lelaki juga sudah seiring dalam menjaga dan mementingkan kesihatan dan penampilan diri.

Tahukah anda terdapat dua jenis lemak iaitu lemak Subcutaneous. Di mana anda boleh mengesan lemak ini dengan mencubit lemak berlebihan di pinggang anda. Manakala lemak Viseral pula adalah lemak yang tidak boleh dilihat, di mana lemak tersebut  terkumpul dan mengelilingi organ-orang penting anda.  

Semakin banyak lemak Viseral terkumpul di sekitar pinggang dan perut anda. Semakin tinggi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, kencing manis, masalah pundi kencing, tekanan darah tinggi dan meransang keradangan. 

Namun masih belum terlewat untuk menghilangkan lemak di sekitar perut dan pinggang anda. Terdapat beberapa cara yang boleh dipratikkan. Antaranya adalah:



Kurangkan Gula
  • Kurangkan pengambilan makanan dan minuman bergula. Sebagai contoh makanan ringan yang mempunyai kandungan gula yang tersembunyi didalamnya. Pengambilan gula secara berlebihan juga boleh meningkatkan risiko obesiti atau lebih berat badan. 


Tidur
  • Selepas sehari penat bekerja dan menjalankan rutin seharian pastinya badan memerlukan rehat yang cukup bagi memulihkan kembali tenaga. Menurut kajian tidur enam hingga tujuh jam setiap malam mampu mengurangkan lemak viseral, berbanding mereka yang tidur kurang dari lima atau lebih dari lapan jam setiap malam. 

Bersenam
  • Bersenam secara konsisten jika ingin lihat hasilnya. Sekurang-kurangnya 30 minit setiap sesi, 3 kali seminggu. Berbasikal, badminton, berlari dan aerobik antara senaman yang mampu membakar lemak dibahagian pinggang. 

Stress
  • Tekanan juga menjadi salah satu faktor yang mengakibatkan seseorang itu makan secara berlebihan. Anda perlu tahu apabila tertekan, badan akan menghasilkan hormon kortisol secara berlebihan. Jadi ia boleh mengakibatkan kegemukan dan menyukarkan individu untuk menurunkan berat badan.

Sumber Foto:

No comments:

Post a Comment