6 Sebab Mengapa Anda Perlu Insurans Kemalangan Peribadi

2 Feb 2016

1.    Polisi mampu milik

Graduan atau golongan muda yang baru memulakan pekerjaan juga mampu untuk melindungi diri dengan polisi insurans kemalangan peribadi. Ini kerana premium polisi ini hanya perlu dibayar dan diperbaharui secara tahunan. Malah premiumnya juga boleh diperolehi serendah RM140 setahun.

2.    Kes kemalangan jalan raya meningkat

Hampir setiap hari kes kemalangan jalan raya dilaporkan melibatkan pengguna jalan raya. Di mana, Malaysia mencatatkan 476,196 kes nahas jalan raya sepanjang tahun 2015 dengan keseluruhannya membabitkan 6,674 kematian. Terutama bagi penunggang motosikal mencatatkan kematian tertinggi.

3.    Hilang upaya akibat kemalangan

Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja, di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Impak risiko kemalangan berkemungkinan besar boleh mengakibatkan kematian dan menyebabkan seseorang itu mengalami cacat kekal.

4.    Kemalangan tidak dapat dijangka

Adakah anda perlu untuk membeli insurans kemalangan peribadi? Ya, kerana kemalangan adalah sesuatu yang tidak terjangka. Risiko kemalangan itu pasti ada. Terutama sekali bagi pengguna jalan raya seperti penunggang motosikal yang lebih terdedah kepada bahaya kemalangan.

5.  Pampasan insurans mengurangkan beban kewangan

Pampasan dari pihak insurans sekurang-kurangnya dapat membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung keluarga jika anda sebagai pencari rezeki utama keluarga hilang upaya kekal atau maut akibat kemalangan. Malah beban hutang yang ditinggalkan juga boleh dilunaskan atau dikurangkan.

6.    Melindungi diri dan keluarga

Jika berlaku sesuatu kemalangan yang boleh mengakibatkan anda hilang upaya atau berlaku kematian. Wang pampasan insurans akan diberikan kepada waris yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan kos rawatan dan perbelanjaan harian di saat anda tidak lagi mampu bekerja atau telah meninggal dunia akibat kemalangan.

No comments:

Post a Comment