5 Sebab Mengapa Anda Perlu Perlindungan Insurans

8 Oct 2015


Pengganti Pendapatan

Sudah pasti jika di dalam sesebuah keluarga pastinya sumber kewangan utama akan tertumpu kepada individu yang mencari nafkah untuk keluarga. Bayangkan jika kemalangan menimpa diri anda dan anda sebagai pencari nafkah tidak lagi mampu bekerja. 

Sekiranya anda sudah dilindungi, bermaksud pendapatan bulanan anda juga sudah dilindungi. Secara tidak langsung, membantu mengurangkan beban anda dan keluarga dikala musibah yang tak dijangka.

Pelan Perubatan dan Kesihatan

Kos sara hidup semakin tinggi, begitu juga kenaikan kos rawatan kesihatan. Mungkin bagi sesetengah individu mereka sedar mengenai hal tersebut. Namun kesedaran mereka untuk melindungi diri dengan perlindungan tambahan seperti insurans masih lagi tiada.

Lain pula untuk mereka yang begitu mengambil berat tentang kesihatan diri dan keluarga tidak akan berkira mengeluarkan sejumlah wang dengan memberi perlindungan sewajarnya kepada keluarga. Ini kerana mereka sedar bahawa kos perubatan dan kos hidup semakin hari semakin meningkat.

Perlindungan Kewangan Sewaktu Hilang Upaya

Pampasan yang diterima daripada insurans kemalangan peribadi dan insurans hayat setidaknya dapat menggantikan pendapatan bulanan anda. Jika berlaku kemalangan yang mengakibatkan anda hilang upaya kekal sekurang-kurangnya boleh mengurangkan beban kewangan yang ditanggung keluarga anda.

Pelan Pendidikan

Tahukah anda perlindungan insurans juga mampu memberikan pelan simpanan pendidikan terbaik untuk anak-anak anda? Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik buat anak-anak. Jadi ayuh mulakan dari sekarang pelan simpanan pendidikan jangka panjang demi melindungi masa depan anak-anak anda.

Sumber foto:

No comments:

Post a Comment