Insurans Kemalangan Peribadi: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

10 Apr 2015

Insurans kemalangan peribadi adalah sebuah polisi mampu milik yang mampu dimiliki. Mengapa? Ini kerana, kadar premium polisi kemalangan peribadi yang rendah. Selain itu, premiumnya juga dibayar dan diperbaharui secara tahunan. 

Polisi insurans ini boleh diambil oleh sesiapa sahaja mengikut had umur yang ditetapkan oleh pihak syarikat insurans itu sendiri. 

Namun perlu diingat, apabila membeli perlindungan tambahan seperti insurans kemalangan peribadi ini. Apa yang penting anda perlu ambil tahu beberapa perkara penting apabila membeli polisi kemalangan peribadi. Antaranya ialah:

Skala Faedah 

Kebiasaannya skala faedah ini merujuk kepada jumlah pampasan yang telah ditetapkan oleh syarikat insurans mengikut kadar tuntutan faedah iaitu jumlah pampasan yang akan diberi mengikut skala faedah yang termaktub di dalam polisi.  

Sebagai contoh, 100% jumlah pampasan yang akan diterima oleh pemegang polisi akibat kehilangan pergelangan tangan. Manakala hanya 40% jumlah pampasan yang diterima akibat kehilangan 4 jari. 

Perlindungan 

Pelbagai jenis perlindungan yang ditawarkan kepada pemegang polisi. Ini kerana setiap perlindungan insurans menawarkan manfaat yang berbeza-beza mengikut syarikat insurans. Walau bagaimanapun, terpulang kepada anda untuk memilih perlindungan bagaimana yang diperlukan demi melindungi diri dan insan tersayang. 

Pada masa yang sama anda juga perlu memahami skop perlindungan pelan polisi yang ingin dibeli sama ada mengikut manfaat perlindungan yang anda mahukan atau pun tidak. Sebagai contoh, berapa banyak jumlah pampasan akan diberikan jika pemegang polisi hilang upaya kekal dan maut akibat kemalangan.

Pengecualian

Para pemegang polisi perlu membaca dan meneliti setiap pengecualian yang telah terkandung di dalam polisi. Hal ini adalah penting kerana setiap syarikat insurans telah menetapkan pengecualian berbeza-beza. Ini kerana, kebiasaanya syarikat insurans tidak akan melindungi dan memberi pampasan ke atas beebrapa situasi yang telah ditetapkan di bawah pengecualian.

Sebagai contoh, pekerjaan yang berisiko tinggi seperti polis, bomba, askar, juruterbang dan ahli sukan lasak profesional turut tersenarai dan tertakluk di bawah pengecualian.

Kewajipan Pendedahan (Duty of diclosure)

Kewajipan pendedahan juga penting dalam memastikan pemegang polisi perlu menyatakan butiran peribadi dengan lengkap semasa mengisi borang pembelian polisi insurans kemalangan peribadi. Fakta butiran seperti pekerjaan dan kesihatan amat penting dalam menentukan sama ada polisi anda diterima atau  ditolak oleh syarikat insurans.

Sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mengemaskini butiran peribadi sekiranya terdapat pertukaran. Hal ini, untuk memastikan supaya tiada masalah yang akan timbul sewaktu tuntutan pampasan kelak.

Sumber foto:

No comments:

Post a Comment