Tiada siapa di antara kita mampu untuk mengetahui apa yang akan terjadi pada masa depan kerana ianya tidak dapat dijangka. Namun begitu, sebagai individu yang bertanggungjawab setiap daripada kita pasti ingin yang terbaik untuk memastikan keselamatan terhadap diri sendiri, keluarga dan insan tersayang. Memberi perlindungan sewajarnya kepada diri dan insan tersayang mampu beri ketenangan jiwa kepada diri.
Bagi mereka yang sudah berkeluarga sudah tentu akan lebih mengutamakan kepentingan anak-anak demi menjamin masa depan mereka. Simpanan berbentuk aset mahupun tunai cuba dikumpul demi kesenangan anak-anak jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada mereka.
Rutin harian saban hari keluar mencari rezeki semata-mata untuk menampung kehidupan sendiri dan keluarga. Namun pernah atau tidak anda terfikir risiko yang bakal dihadapi sewaktu seharian menjalankan tugas.
Kemungkinan anda bakal berdepan dengan hari yang begitu malang kerana terlibat dalam kemalangan. Mungkin itu antara perkara yang paling anda ingin elakkan akan tetapi malang tidak berbau dan tidak dapat dijangka.
Persoalannya sudahkah anda dilindungi? Bagaimana nasib anak-anak dan keluarga jika anda ditakdirkan maut atau tidak mampu lagi untuk bekerja serta menggalas tanggungjawab. Sebagai pemberi nafkah dan sebagai pelindung keluarga sudah tentu anda perlu bertanggungjawab dalam memastikan keluarga anda tidak akan terbeban dengan masalah kewangan terutama sekali apabila anda sudah tidak mampu untuk bekerja atau anda ditakdirkan maut dalam kemalangan.
Ramai yang masih belum jelas akan kepentingan insurans itu sendiri dan kebaikannya untuk jangka masa panjang, situasi ini jelas menunjukkan amalan memiliki insurans masih lagi ditahap sederhana di mana jika ada wang lebih baharu ingin membeli jika tidak ia akan dianggap sebagai bukan keperluan wajib dalam kehidupan.
Setiap hari sedar atau tidak setiap individu berdepan dengan pelbagai risiko di tempat kerja mahupun di jalan raya. Kemalangan tidak dijangka malah ia boleh berlaku di mana sahaja. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubati. Selain daripada simpanan wang, dengan membeli perlindungan insurans juga mampu melindungi diri anda dari sumber kewangan.
Tiada duit lebih untuk membeli insurans? Terdapat pelbagai insurans yang dijual di pasaran. Jika tidak mampu untuk membeli insurans nyawa, mulakan dengan insurans yang mampu milik seperti insurans kemalangan peribadi. Bayaran minima dengan perlindungan maksima. Premium polisi hanya perlu dibayar secara tahunan dan tidak membebankan. Malah perlindungan pampasan akan diterima oleh pemegang polisi akibat kematian atau kecacatan kekal akibat kemalangan.
Sikap sambil lewa dan berkira-kira untuk mengeluarkan sejumlah wang menjadi faktor mengapa masih ramai yang tiada kesedaran untuk membeli perlindungan tambahan seperti insurans.
Malah kebiasaanya kesedaran akan mula timbul apabila sesuatu musibah menimpa diri dan pada ketika itu mungkin sudah terlambat untuk mengambil langkah pencegahan. Sediakan payung sebelum hujan.
Malah kebiasaanya kesedaran akan mula timbul apabila sesuatu musibah menimpa diri dan pada ketika itu mungkin sudah terlambat untuk mengambil langkah pencegahan. Sediakan payung sebelum hujan.
No comments:
Post a Comment