Lengkapkan Percutian Anda Dengan Insurans Perjalanan

13 Jan 2015

Pada masa kini percutian bukan sahaja hanya semata-mata sekadar pergi bercuti .Malah ada diantara mereka yang kerap ke luar negara mahupun dalam negara kerana tuntutan kerja. Iaitu bekerja sambil bercuti. Namun tidak kurang juga trend merancang percutian setiap hujung tahun dan sewaktu musim perayaan.

Tidak kira dalam negeri mahupun luar negara. Percutian bersama keluarga, rakan-rakan dan mereka yang tersayang tentu menjanjikan sebuah percutian yang paling indah. Di samping dapat menenangkan minda yang selama ini sarat dengan rutin seharian.

Namun dalam pada anda membuat perancangan untuk bercuti. Pernah atau tidak anda terfikir soal keselamatan ketika anda ingin bercuti? Adakah anda pernah terfikir mengenai kebajikan dan keselamatan diri dan mereka yang bersama-sama mengikuti percutian tersebut? Bagaimana jika berlaku perkara yang tidak dijangka seperti kemalangan, kecederaan dan sakit dikalangan keluarga, rakan, atau anda sendiri ketika bercuti.

Perkara sebegini sememangnya perlu dititik beratkan, kerana itu insurans perjalanan adalah sebuah polisi terbaik yang perlu dimiliki sebelum memulakan percutian anda. Ini kerana ia mampu melindungi anda dan yang tersayang sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diduga seperti kemalangan, sakit, kehilangan bagasi, dokumen penting dan penangguhan penerbangan.

Sebagai contoh, jika anda terpaksa dimasukkan ke hospital akibat kemalangan atau sakit. Sudah tentu kos rawatan di luar negara lebih mahal berbanding di negara sendiri. Malah akan menimbulkan lagi masalah jika dalam masa yang sama duit anda telah habis dibelanjakan dengan membeli-belah serta menampung perbelanjaan harian. Atau mungkin waktu itu dompet anda hilang?

Di saat getir di mana anda memerlukan rawatan segera dan diwaktu itu juga anda tidak mempunyai sumber wang yang mencukupi akibat daripada berlaku musibah yang tidak dijangka.

Namun sekiranya anda dilindungi oleh insurans perjalanan, anda tidak perlu bimbang kerana manfaat perlindungan yang disediakan oleh insurans perjalanan termasuklah kemalangan diri, belanja perubatan, penghantaran jenazah, kehilangan bagasi, dokumen penting dan penangguhan penerbangan. Anda tidak perlu memikirkan mengenai kos rawatan atau masalah lain yang telah terkandung dan dilindungi oleh insurans perjalanan anda.

Masih ramai yang beranggapan bahawa insurans perjalanan tidak perlu dan tidak penting seperti perlindungan insurans yang lain. Mengapa? Kerana anda terlalu yakin tiada apa bakal terjadi malah anda juga yakin sudah mengambil langkah berhati-hati.

Namun sesungguhnya malang tidak berbau. Oleh itu, kepentingan pembelian insurans perjalanan bukan sahaja untuk melindungi diri sendiri, malah amat bermanfaat untuk seluruh ahli keluarga.

Sewajarnya jadilah individu yang bijak dalam mengambil langkah pencegahan dalam mengutamakan aspek keselamatan dan kebajikan diri sebelum menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Ini kerana sudah pasti anda tidak mahu percutian yang selama ini dinanti-nanti sebaliknya akan memberi tekanan kepada anda jika berlaku hal yang tidak diduga seperti kemalangan, sakit, hilang dokumen, hilang bagasi dan sebagainya. 

Adakah anda masih ragu-ragu dan merasakan perjalanan anda tidak perlu dilindungi kerana beranggapan ianya hanyalah sebagai suatu pembaziran. Hakikatnya, persepsi sedemikian hanya akan membuat anda mengeluh dikemudian hari sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Jadi belum terlambat untuk anda lengkapkan percutian dengan insurans perjalanan.

Sumber foto:

http://bestwallpaperhd.com/

No comments:

Post a Comment