1. Bersangka Baik
Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada bersifat berhati-hati dan sukar untuk mempercayai orang sekeliling terutamanya mereka yang tidak dikenali. Kebiasaannya kiita terdorong untuk melihat keburukan daripada kebaikan seseorang. Namun apa kata, mulai sekarang kita cuba untuk bersangka baik kepada sesiapa sahaja. Pasti minda, hati, dan jiwa kita akan mendapat aura positif serta menjadi lebih tenang.
2. Lakukan Walau Sekecil Kebaikan
Terkadang kita sering ingat melakukan kebaikan hanya apabila kita mampu untuk membantu orang dalam kesusahan atau diwaktu kecemasan. Sedangkan jika kita memberi laluan kepada pemandu lain sewaktu memandu juga adalah amalan kebaikan. Jadi mula lakukan kebaikan sesama makhluk. Sekali kita membuat kebaikan seribu kali kebaikan akan datang kepada kita.
3. Hindari Stress
Sememangnya stress tidak mampu dihindarkan dalam kehidupan seharian. Pelbagai tekanan yang dihadapi oleh seseorang setiap hari yang mampu mendorong sesorang itu lebih berfikiran negatif. Jalan terbaik, cuba bertenang dan bersikap rasional apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Tekanan hanya akan menambah beban di fikiran dan menyukarkan anda mencari jalan penyelesaian.
4. Bersyukur dan Menghargai
Sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang dimiliki di dalam kehidupan kita. Melihat kelebihan yang dimiliki orang lain kemudian membandingkan diri, secara tidak langsung akan menghadirkan perasaan negatif, rendah diri dan tidak bersyukur. Cuba kita melihat orang yang lebih susah dan bandingkan dengan diri sendiri. Secara automatik akan timbul rasa syukur tidak terhingga dengan apa yang sedang dimiliki.
5. Senyum
Senyum? Nampak mudah bukan. Namun kadang-kala perkara yang mudah inilah susah dan lupa untuk diamalkan. Selain mampu menceriakan wajah menceriakan wajah, senyum juga mampu menyerlahkan aura positif anda kepada orang lain.
Image source:
No comments:
Post a Comment