Jika berbicara mengenai insurans kebanyakan individu masih kurang berminat untuk mengetahui apa sebenarnya kepentingan sesebuah perlindungan insurans serta faedah perlindungan jangka masa panjang yang bakal membantu seseorang itu terutama sekali dari segi kewangan.
Adakah anda rasa insurans kemalangan peribadi ini suatu keperluan? Tentu jawapan yang akan diberikan tidak, kerana dengan alasan sudah bertahun-tahun saya memandu atau menunggang motorsikal namun tidak pernah sekali pun terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ternyata anda silap kerana kemalangan boleh terjadi pada bila-bila masa.
Berapa ramai antara kita yang memandu kereta atau menunggang motorsikal ke tempat kerja atau semasa melakukan aktiviti harian? Pernah atau tidak anda melihat kemalangan jalan raya sewaktu dalam perjalanan ke destinasi yang ingin dituju? Tentu anda akan rasa ngeri dan rasa simpati melihat mangsa kemalangan yang cedera ataupun maut ditempat kejadian.
Namun pernah atau tidak anda terfikir jika anda, keluarga mahupun kenalan rapat anda terlibat dalam kemalangan. Sekiranya kemalangan berlaku tidak mendatangkan kecederaan. Berkemungkinan anda akan berasa lega. Akan tetapi bagaimana jika kemalangan tersebut mungkin meragut nyawa insan yang anda sayangi? Malah pada masa sama anda perlu mengambil alih segala tanggungjawab yang ditinggalkannya.
Jika anda benar sayang dan mengambil berat akan keluarga anda sudah tentu anda tidak mahu membebankan mereka sekiranya anda ditakdirkan meninggal dunia akibat kemalangan. Sebagai contoh jika anda masih mempunyai baki hutang pinjaman kereta atau pinjaman pendidikan. Siapa yang akan menyambung bayar hutang yang ditinggalkan? Sudah tentu keluarga anda yang akan menjelaskan segala hutang komitmen tersebut.
Beban kewangan sekurang-kurangnya mungkin dapat dikurangkan jika anda telah dilindungi oleh insurans kemalangan peribadi di mana, sekurang-kurangnya hutang anda dapat dibayar menggunakan duit pampasan insurans.
Walau bagaimanpun, segalanya terletak pada diri anda. Jawapan kepada persoalan insurans kemalangan peribadi sebagai suatu keperluan atau pilihan terletak di tangan anda. Hanya anda sahaja yang boleh mengambil langkah alternatif dalam memastikan diri dan insan tersayang dilindungi sewajarnya. Sekiranya anda meninggal dunia atau hilang keupayaan akibat kemalangan.
Biarpun wang pampasan insurans kemalangan peribadi yang diperolehi tidak mampu mengembalikan nyawa insan yang anda sayang. Namun sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang masih hidup iaitu keluarga dalam meneruskan kehidupan mereka. Persoalannya sudahkah anda dilindungi?
Sumber Foto:
No comments:
Post a Comment