Suplemen Bantu Memberi Tenaga Tambahan

6 Apr 2015


Kehidupan harian yang semakin hari semakin sibuk turut menjejaskan amalan pemakanan secara sihat bagi sesetengah individu. Ramai diantara individu yang terkejar-kejar kerana ingin menguruskan rutin harian secepat mungkin akan terdorong memilih makanan segera sebagai menu pilihan utama.

Seperti yang kita sedia maklum makanan segera tidak mempunyai nutrisi yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh badan untuk menyerap tenaga serta vitamin. Tidak sama khasiatnya seperti kita mengambil satu hidangan lengkap seperti nasi, sayur, ikan ataupun ayam. 

Nutrisi daripada pemakanan tersebut mampu membekalkan nutrisi semulajadi untuk tubuh menyerap segala vitamin yang diperlukan untuk tubuh badan. Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai makanan tambahan demi memastikan ia bergerak aktif.

Bagi mereka yang terlalu sibuk dengan rutin harian sering mengabaikan gaya pemakanan sihat. Jadi pengambilan makan akan jadi tidak seimbang. Justeru dengan mengambil makanan tambahan ataupun suplemen mampu membantu untuk meningkatkan penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk suplemen yang boleh diperolehi di pasaran masa kini. Termasuk dalam bentuk kapsul, cecair, tablet dan pil. Cuma anda sendiri perlu bijak dalam memilih suplemen yang bersesuaian untuk keperluan diri sendiri.

Sebagai contoh untuk mereka yang sering mengamalkan gaya hidup yang aktif, cepat letih, kurang masa tidur dan rehat. Makanan tambahan seperti Vitamin B12 sesuai untuk diambil bagi menjana tenaga tambahan.

Selain itu, jika anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Pengambilan suplemen yang mengandungi zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga dapat membantu.

Apapun, kita sendiri perlu tahu apakah fungsi makanan tambahan itu sendiri buat tubuh badan kita. Ini kerana, suplemen hanya sekadar membantu mengekalkan kesihatan tetapi bukan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

No comments:

Post a Comment