Jadikan Insurans Sebagai Hadiah Buat Insan Tersayang

17 Apr 2015


Ramai antara kita sanggup berbelanja membeli barangan berjenama, telefon bimbit dan bercuti ke luar negara. Namun berapa ramai yang sanggup untuk membelanjakan wang dengan membeli perlindungan tambahan, semata-mata untuk melindungi nyawa dan kesihatan diri dan insan tersayang.

Umumnya, kos perubatan dan rawatan semakin hari semakin tinggi. Lebih-lebih lagi jika kita menginginkan perkhidmatan rawatan yang cepat. Jadi sudah semestinya hospital swasta akan menjadi pilihan utama untuk mendapatkan rawatan segera.

Persoalannya adakah wang simpanan anda sudah mencukupi untuk menanggung kos rawatan dan perubatan, sekiranya anda atau insan tersayang ditakdirkan sakit kronik atau ditimpa kemalangan dan memerlukan masa yang lama untuk pulih serta sihat seperti biasa.

Tidak salah jika kita mengambil tindakan mencegah dengan membuat persiapan awal dengan menjadikan perlindungan insurans sebagai hadiah buat insan tersayang. Sekiranya kita benar menyayangi diri, keluarga dan mereka yang tersayang. Sudah pasti kita ingin melindungi mereka dan sentiasa bimbang akan keselamatan mereka.

Permasalahannya, adakah kita sendiri mampu untuk memberi 24 jam perhatian dan perlindungan kepada mereka? Jawapannya tentu tidak dan amat mustahil. 

Namun begitu, anda masih mampu memberikan perlindungan kesihatan dan kewangan dengan menghadiahkan insan yang anda sayang dengan perlindungan insurans. Semata-mata demi menjamin masa depan dan kualiti hidup mereka di masa akan datang. 

Jika anda tidak bertindak sekarang bila lagi? Musibah, sakit dan kemalangan kita sendiritidak mampu menjangka bila, di mana dan bagaimana. Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Sumber foto:

No comments:

Post a Comment