Kes Kemalangan Meningkat Suku Tahun Pertama 2015

23 Apr 2015
KUALA LUMPUR - Bilangan kes kemalangan meningkat 3.3 peratus iaitu 3,819 kes apabila sejumlah 117,934 kes dicatatkan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 114,115 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata, jumlah kemalangan maut turut meningkat kepada 1,696 kematian berbanding berbanding 1,557 kematian dalam tempoh masa tahun lepas.
Golongan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan pengguna jalan raya yang mencatatkan kadar kematian tertinggi iaitu 1,074 kes diikuti motokar (329), pejalan kaki (130), lori 57) dan 36 penumpang dan pemandu kenderaan pacuan empat roda.
"Golongan belia berusia 16 dan 35 tahun merupakan kategori tertinggi mencatatkan kematian iaitu 45.3 peratus daripada jumlah kematian pada tempoh itu," katanya pada sidang media ketika mengumumkan Laporan Prestasi Trafik PDRM Suku Tahun Pertama Tahun 2015 di sini hari ini.
Mohd. Fuad berkata, terdapat peningkatan kes kemalangan di beberapa jalan berbanding tahun lepas iaitu lebuh raya meningkat 13.2 peratus kepada 12,465 kes; jalan persekutuan (8.1%/24,051), jalan negeri (2.9%/21,092) dan lain-lain jalan 38.8 peratus kepada 7,406 kes. - Bernama


Sumber artikel:



No comments:

Post a Comment