5 Cara Menghilangkan Nafas Berbau

26 Jan 2018


 health, mouth, teeth,
Mungkin di antara individu tanpa sedar kurang mengambil berat soal penjagaan mulut secara total. Jika tidak dijaga kebersihannya besar kemungkinan akan menyebabkan nafas berbau yang boleh mendatangkan rasa rendah diri dan kurang senang kepada orang sekeliling. Berikut beberapa cara penjagaan mulut.

Flos dan Memberus Gigi
Apa yang paling penting adalah cara seseorang itu memberus dan membersih gigi setiap hari. Pastikan anda menggunakan berus gigi yang betul semasa memberus gigi. Cara memberus yang tepat turut mampu membuang bakteria. Namun penggunaan flos juga penting untuk membersihkan lebihan makanan yang melekat di gigi anda. Jika hanya memberus gigi anda hanya akan berjaya membersihkan 70% sahaja gigi. Lebihan makanan dan bakteria yang tersisa ini menjadi sulfur yang menyebabkan mulut dan nafas berbau.

Membersih Lidah
Pasti masih ramai yang mengabaikan pembersihan lidah kerana merasakan ianya tidak terkait dengan masalah nafas berbau. Anda ternyata salah kerana anda perlu tahu bahawa terdapat banyak bakteria yang tersembunyi di rekahan lidah dan di bahagian belakang lidah. Jadi membersihkan lidah semasa memberus gigi sama sekali tidak boleh diabaikan.

Mengunyah Gula Getah
Pastikan gula-gula getah yang ingin dikunyah adalah tanpa gula. Salah satu cara mudah jika anda tidak terlalu rajin untuk memberus gigi selepas menikmati hidangan tengah hari. Ini kerana, rangsangan air liur ketika mengunyah gula-gula getah dapat membantu mengatasi bau nafas yang kurang menyenangkan. 

Minum Air Putih
Minum air secara kerapa juga mampu membantu mengatasi nafas dan mulut berbau. Air yang cukup bukan sahaja penting untuk mengelakkan dehidrasi pada tubuh. Mengamalkan minum air putih sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan nafas berbau namun  turut memastikan mulut sentiasa basah dan melemahkan bakteria hidup di dalam mulut anda.

Berjumpa Doktor Gigi
Melakukan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali amat penting bagi memastikan gigi anda tidak berlubang atau mengalami masalah lain yang menjadi punca nafas berbau. 

Sumber Foto:
 

2 comments: