Sejauh Mana Pentingnya Insurans Perjalanan

21 May 2015

Adakah anda seorang yang suka dan selalu mengembara di dalam dan luar negara? Kebanyakan individu kerap kali berasa berbelah bahagi di antara ingin mengambil insurans perjalanan ataupun tidak. Antara persoalan yang sering bermain difikiran mereka adalah: 

  • Adakah perlu untuk mendapatkan insurans perjalanan?
  • Sejauh manakah kepentingan insurans perjalanan?
  • Apakah manfaat yang bakal diperolehi?
Sebelum menjawab persoalan di atas, apa kata anda cuba ajukan pertanyaan kepada diri sendiri apakah persediaan telah anda lakukan sebelum memulakan perjalanan untuk melancong atau atas urusan lain.

  • Adakah anda telah menyediakan sumber kewangan tambahan diwaktu kecemasan?
  • Sekiranya berlaku musibah seperti sakit atau kemalangan. Adakah anda sudah dilindungi?
Apabila anda berada di luar negara sudah tentu anda tidak begitu biasa dengan negara yang dilawati walaupun anda sudah kerap ke sana. Bukan itu sahaja antara kesukaran yang dihadapi adalah perbezaan budaya, agama dan bahasa. Mungkin perkara terakhir yang anda ingin elakkan ialah jatuh sakit, kecurian, terlepas penerbangan atau kemalangan.

Sudah pasti ia tidak ada didalam pelan perjalanan anda dan sekiranya perkara itu berlaku pasti ia akan membebankan anda dari segi kewangan seperti terpaksa membatalkan penerbangan, kos rawatan, kos penginapan dan perbelanjaan tambahan lain akibat musibah yang menimpa.

Namun, jika anda dilindungi oleh insurans perjalanan sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mengurangkan beban kewangan dan membantu memudahkan urusan dikala anda tertekan dengan musibah yang berlaku.

Jadi, sebelum memulakan perjalanan, adalah penting untuk anda mengambil sedikit masa untuk memikirkan tentang segala kemungkinan yang bakal berlaku dan bagaimana untuk anda meghadapinya. 

Ini kerana, kehidupan ini penuh dengan ketidakpastian yang sememangnya tidak boleh dijangka. Jadi dengan melengkapkan diri dengan perlindungan insurans akan memberikan ketenangan fikiran dalam berdepan dengan pelbagai kemungkinan risiko.

Sumber Foto:


No comments:

Post a Comment