Sudah tentu tiada siapa di dalam dunia ini mahu terlibat dalam apa jua bentuk kemalangan. Tidak kira kemalangan kecil mahupun besar. Sesiapa yang pernah terlibat dalam kemalangan sudah tentu akan menjadi trauma. Serius mahupun tidak kesan trauma pastia akan menjadi igauan ngeri.
Bagaimana jika sekiranya kesihatan diri terjejas secara tidak langsung memberi kesan kepada diri dan keluarga kerana tidak mampu lagi untuk bekerja untuk meraih pendapat.
Kenyataannya kita sendiri tidak mampu untuk menentukan apa yang akan berlaku di kemudian hari. Oleh sebab itu, perancangan awal begitu penting dalam memastikan anda dan keluarga dilindungi. Musibah adalah perkara yang kita tidak mampu nak jangka bila dan di mana?
Sebagai contoh sakit kronik dan kehilangan upaya memerlukan kos rawatan dan ubat-ubatan yang tinggi. Jadi jika kita tidak berusaha daripada sekarang dalam membuat simpanan dan membeli polisi perlindungan kesihatan tambahan seperti insurans. Kelak, kita pasti akan terbeban dengan kos ubat-ubatan dan rawatan yang tinggi.
Kisah pengalaman saudara SULAIMAN (bukan nama sebenar) yang dipetik melalui Sinar Harian online. Beliau seorang ayah dan suami yang baik serta penyayang. Walaupun bekerja sebagai kerani awam dengan pendapatan bulanan sebanyak RM1,800 , ia cukup memenuhi segala keperluan asas diri dan keluarganya.
Dia sentiasa memastikan keluarganya hidup dalam keadaan bahagia. Keluarganya tidak pernah mengadu tentang kekurangan atau berasa tidak bahagia dengan taraf sosial mereka.
Mereka hidup di dalam kemampuan yang sekadar mencukupi. Malangnya, takdir telah merubah segala-galanya apabila isteri Sulaiman telah disahkan menghidap penyakit buah pinggang, kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Keadaan isterinya yang tenat membuatkan Sulaiman sentiasa memastikan kesihatan isterinya menjadi keutamaan, lebih-lebih lagi untuk anak-anaknya.
Apabila rawatan perubatan mahal amat diperlukan, Sulaiman telah menggunakan jalan pintas untuk mencari wang demi kesihatan isterinya.
Apabila kesihatan isterinya semakin merosot, Sulaiman menjadi lebih terdesak dengan mengambil pinjaman peribadi melebihi RM30,000 untuk membiayai kos perubatan isterinya.
Pinjaman ini berterusan selama setahun. Mujurlah majikan Sulaiman telah menghulurkan bantuan dengan membayar segala kos rawatan perubatan isterinya.
Ini adalah contoh kisah sedih yang boleh menimpa sesiapa sahaja. Ini kerana musibah boleh berlaku pada bila-bila masa. Apa yang penting sebagai individu yang bertanggungjawab kita perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi diri sekiranya berlaku kemalangan, hilang upaya dan sakit kronik.
Jadi belum terlewat lagi untuk anda mula melindungi diri dan keluarga dengan polisi insurans yang bersesuaian demi mengurangkan beban kewangan anda sewaktu musibah menimpa. Perlu sentiasa beringat sebelum terlewat dengan menyediakan payung sebelum hujan.
Tiada apa yang lebih berharga daripada nyawa dan kesihatan kita. Jadi mengapa perlu berkira dalam melindungi diri, kesihatan dan keluarga. Tiada apa yang boleh dilakukan jika nikmat kesihatan diragut. Jadi masih belum terlewat untuk anda mula melindungi diri.
Sumber foto:
No comments:
Post a Comment