Semua orang pasti akan melalui hari tua dan pada satu ketika akan tiba masa untuk setiap daripada kita menempuhi zaman persaraan.
Setiap individu yang bakal menghampiri waktu tempoh persaraan sudah tentu mempunyai impian untuk bersara dalam keadaan mempunyai wang persaraan atau pencen yang mencukupi demi menampung kehidupan berkualiti selepas persaraan.
Persoalannya adakah persediaan kewangan anda sebelum persaraan mencukupi untuk menampung kos sara hidup, perbelanjaan harian dan kesihatan di hari tua kelak?
Seberapa lambat atau cepat pun keinginan anda untuk bersara. Namun apa yang lebih penting adalah perancangan ke arah persaraan itu perlu dilakukan dari awal.
Ini bermakna persediaan melengkapkan diri dengan persediaan kewangan sebelum bersara amat penting. Jadi mulakan perancangan seawal yang boleh, mungkin waktu persaraan anda masih lambat lagi.
Persediaan awal amat penting kerana kos perubatan, pendidikan dan sara hidup semakin lama semakin tinggi. Berikut antara tips yang boleh diguna pakai dalam menyediakan persediaan kewangan sebelum bersara.
Membeli Insurans
Pembelian insurans amat penting dalam mengurangkan beban kewangan anda semasa tempoh persaraan kelak. Pembelian insurans dari usia muda adalah adalah tindakan bijak demi menghadapi kos perubatan yang semakin meningkat. Ini termasuk perlindungan kehilangan upaya atau penyakit kritikal. Di dalam keadaan anda tidak mempunyai pendapatan tetap. Sudah pasti anda ingni menjamin kualiti hidup dan tahap kesihatan selepas bersara.
Menentukan Keperluan Kewangan
Perkara ini mungkin dianggap mudah jika anda mempunyai pendapatan tetap setiap bulan. Namun bagaimana jika anda sudah bersara kelak. Mungkin kini anda boleh menganggarkan berapa jumlah wang yang perlu digunakan setiap bulan untuk perbelanjaan harian dan membayar hutang.
Namun selepas bersara nanti anda akan bergantung hanya kepada duit simpanan dan duit simpanan pekerja atau duit pencen. Jadi anda perlu tahu berapa jumlah peruntukkan yang diperlukan setiap bulan supaya anda tidak berbelanja melebihi had yang telah ditetapkan.
Bebas Hutang
Pastikan sebelum anda bersara anda telah melangsaikan 80 peratus hutang yang masih tertangguh. Contoh seperti hutang sewa beli kenderaan, kredit kad, pinjaman pendidikan atau pinjaman peribadi. Jangan sesekali menambah hutang baharu yang mengenakan kadar faedah yang tinggi.
Mula Melabur
Sekiranya anda hanya akan bergantung menggunakan wang simpanan pekerja dan simpanan tetap tanpa pendapatan sampingan. Jalan yang terbaik anda perlu membuat pelaburan dalam unit amanah atau anda juga boleh melabur dalam bidang hartanah yang kemudiannya boleh dijual atau disewakan demi mendapatkan pulangan. Pelaburan dalam bidang hartanah bukan suatu kerugian kerana semakin hari harga hartanah semakin tinggi.
Mula Menabung
Jangan berlengah dalam mulakan tabiat menabung. Permulaan memang sukar namun lama kelamaan anda akan terbiasa. Mulakan dengan jumlah kecil dan tetapkan tempoh masa. Sebagai contoh sebulan RM50 untuk tempoh 12 bulan. Kemudian perlahan-lahan naikkan jumlah simpanan untuk tahun yang berikutnya mengikut tempoh yang sama. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Sumber foto:
No comments:
Post a Comment