Minyak
Kelapa
Sebaik-baiknya guna minyak
kelapa buatan sendiri. Namun anda juga boleh membeli minyak kelapa yang sedia
ada di pasaran. Caranya mudah, hanya dengan melumurkan minyak kelapa di kepala
dan biarkan setengah jam atau lebih baik jika semalaman. Amalkan dan lihat
hasilnya. Hal ini kerana, minyak kelapa berguna untuk menutrisi rambut serta
memelihara kesihatan kulit kepala.
Daun
Bunga Raya
Tahukah anda daun bunga raya
antara bahan semulajadi yang termudah untuk anda melebatkan rambut. Hanya dengan
mengambil beberapa tangkai daun bunga raya dan bersihkan dengan air. Kemudian
ramas daun bunga raya ke dalam air sehingga daun mengeluarkan lendir. Seterusnya,
lumurkan di kepala seperti mana anda menggunakan syampu, biarkan selama 10-20
minit. Bersihkan dengan air bersih. Seeloknya, amalkan sekurang-kurangnya seminggu
sekali.
Air
Rendaman Kacang Hijau
Salah satu petua mudah yang
boleh diamalkan dengan mengambil secawan kacang hijau yang dibasuh bersih. Kemudian
rendamkan semalaman di dalam air yang hanya untuk menutupi kacang hijau.
Seterusnya, ambil air rendaman sapu ke kulit kepala dan kepala. Balutkan dengan
tuala sehingga sapuan air kacang kering dan bilas sehingga bersih.
Nanas
Vitamin B kompleks yang
terkandung di dalam buah nanas sangat bermanfaat untuk menyuburkan rambut. Anda
hanya perlu ambil satu atau dua nanas segar. Kemudian tuang jus nanas yang
telah dikisar ke dalam mangkuk dan biarkan semalaman. Seterusnya, lumurkan jus
tersebut di kepala dan biarkan selama 30 minit sambil ditutup dengan tuala
bersih. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Amalkan sekurang-kurangnya
tiga kali seminggu.
Daun
Pandan Bersama Santan
Ambil beberapa helai daun
pandan dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian masukkan sedikit air serta ramas
daun pandan tersebut dan perah airnya. Setelah itu, campurkan air pandan
tersebut ke dalam mangkuk santan. Biarkan selama lebih kurang 30 minit. Setelah
itu, lumurkan pada rambut dan biarkan selama setengah jam. Seterusnya bilas
rambut dengan air bersih. Amalkan seminggu dua kali untuk hasil yang terbaik.
Sumber Foto:
http://ilovegarciniacambogia.net/wp-content/uploads/2017/05/health-benefits-of-coconut-oil.jpg
No comments:
Post a Comment