6 Tips Diet Hari Raya

29 Jun 2017


Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Pasti tibanya syawal yang paling dinanti kerana ketika ini pelbagai jenis makanan dan minuman terhidang. Sudah tentu kesemua hidangan ini mempunyai kandungan kalori dan gula yang tinggi. Jika di bulan puasa anda berjaya menurutkan beberapa kilogram berat badan. Namun sewaktu raya pastinya berat badan akan terus bertambah kerana keriangan makan pelbagai juadah di rumah-rumah terbuka. 

Tanpa anda sedari makanan dan minuman yang diambil semasa hari raya kebiasaannya mengandungi kandungan lemak, gula, dan kalori yang tinggi. Ayuh lihat cara mudah untuk berdiet semasa atau selepas hari raya.

Minum Banyak Air Kosong

Ini adalah salah satu cara paling mudah untuk mengelakkan diri daripada makan terlalu banyak sewaktu rumah terbuka di hari raya. Minum air kosong sebelum makan sangat membantu untuk anda berasa tidak terlalu lapar. Jika mampu tidak salah untuk menggantikan air manis yang sering dihidangkan dengan air kosong ketika menjamu selera. Sekaligus dapat membantu proses penghadaman badan untuk terus berfungsi dengan baik sepanjang aidilfitri.


Makan Dalam Kuantiti Kecil

Sudah menjadi suatu kemestian kunjung-mengunjung ke rumah kenalan dan saudara mara. Lagi banyak rumah yang anda pergi lagi banyak makanan yang akan dimakan. Tips untuk elak makan berlebihan adalah dengan makan dalam kuantiti yang kecil. Anda bukan sahaja dapat merasa semua jenis hidangan, namun mampu membantu mengawal pengambilan makanan secara berlebihan.

Lebihkan Buah-Buahan

Walaupun sukar untuk melihat hidangan buah-buahan pada hari raya. Namun jangan menjadikan ia alasan untuk anda tidak mengambil buah-buahan dalam menu harian. Ini kerana dengan memakan buah-buahan akan menyebabkan anda rasa lebih cepat kenyang. 

Puasa Enam 

Cara yang paling mudah untuk mengimbangkan kembali diet anda dengan puasa enam. Sepanjang 30 hari Syawal pastikan anda mengambil peluang puasa enam. Bukan sahaja boleh mengumpul pahala, namun juga boleh membantu merehatkan proses penghadaman anda.

Berhenti Sebelum Kenyang  

Perkara yang paling sukar dielakkan adalah apabila melihat segala jenis makanan yang enak terhidang. Segala jenis makanan hendak dicuba tanpa memikirkan jumlah kalori. Pastikan anda berhenti makan sebelum kenyang. Cukup sekadar merasa bukan makan berlebihan sehingga terlalu kenyang.

Lakukan Senaman

Jika di bulan puasa anda mempunyai masa yang agak terhad untuk melakukan senaman kerana berpuasa. Jadi di aidifitri inilah waktu untuk anda memulakan kembali rutin senaman anda. Sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Hal ini penting untuk mengekalkan kecergasan dan membakar lebihan kalori.
                    

No comments:

Post a Comment