Terdapat beberapa
perbezaan antara Operasi Takaful dan insurans konvensional adalah
berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat
sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima
jumlah tuntutan tersebut. Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko
dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful
dikongsi bersama-sama oleh para peserta.
Perbezaan antara takaful
dan insurans konvensional adalah seperti jadual berikut:
Jadual: Perbezaan antara
takaful dan insurans konvensional
Perkara
|
Takaful
|
Insurans
|
Konsep
|
Berasaskan semangat kerjasama dan tolong- menolong
(ta’awun) dan tabarru'
|
Semata-mata berdasarkan faktor-faktor komersial
|
Akad
|
Wakalah, mudharabah
|
Jual beli
|
Prinsip
|
Bebas daripada 'riba', 'gharar' dan 'maisir'
|
Banyak terlibat dengan 'riba, 'gharar', dan 'maisir'
|
Operasi
|
Di pantau oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC)
|
Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)
|
Keuntungan
|
Keuntungan akan dikongsi antara pengendali
(syarikat) dan peserta berasaskan Mudharabah
|
Mempraktikkan riba (faedah)
|
Sumber artikel:
http://e-muamalat.gov.my/faq/apakah-perbezaan-antara-takaful-dan-insurans-konvensional
No comments:
Post a Comment