Maut Pacuan 4 Roda Masuk Longkang

11 Aug 2014
Raub: Seorang lelaki terbunuh apabila pacuan empat roda model Nissan Frontier dipandu terbabas sebelum terbalik ke dalam longkang di Kampung Sempam Baru di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, mangsa, Tajudin Ahmad, 51, maut selepas parah di kepala selain tersepit di tempat pemandu.
Ketua Polis Daerah Raub Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan menghala ke Cheroh dari Raub sebelum kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas.

Menurutnya kenderaan mangsa terbalik ke dalam longkang mengakibatkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.
“Kejadian disedari penduduk kampung yang tidak jauh dari lokasi nahas. Mereka menghubungi Balai Polis Trafik Raub untuk meminta bantuan.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Raub bergegas ke lokasi nahas dan mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa,” katanya.
Sumber artikel:

No comments:

Post a Comment