Insurans Kemalangan Peribadi: Jadikan Ia Sebagai Perlindungan Tambahan

7 Aug 2014


Kebanyakan masyarakat Malaysia masih kurang kesedaran mengenai kepentingan perlindungan insurans. Berbanding negara lain, di Malaysia sebenarnya masih ramai lagi yang tidak memahami kepentingan dan keperluan insurans. Rata-rata persepsi mereka, insurans tidak penting dan akan hanya menambah komitmen sedia ada. 

Jadi mengapa perlu menambah komitmen bulanan sedangkan majikan di tempat kerja telah menyediakan perlindungan insurans asas kepada setiap pekerja, jadi mengapa perlu bimbang?  

Jika itu persepsi yang diberikan, maka mereka seolah tidak memikirkan kesan masa panjang yang bakal berlaku dikemudian hari. Seolah mereka tidak memikirkan risiko yang akan menimpa semasa melakukan apa jua perkara dalam rutin seharian. Mungkin hari ini tiada apa yang menimpa diri, namun kita tidak tahu esok atau lusa bagaimana nasib kita. 

Sesungguhnya malang tidak berbau, maka kita sendiri tidak mampu menjangka bila akan berlaku waktu kecemasan seperti kemalangan jalan raya, sakit atau hilang upaya yang akhirnya akan memberi kesan dan membebankan kepada ahli keluarga, anak-anak dan diri sendiri. 

Bak kata pepatah “Sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap individu perlu membuat persiapan awal atau “Back Up Plan” dalam menghadapi waktu-waktu kecemasan yang tidak dapat dijangka sama sekali. Adakah kita sedar setiap hari kita berhadapan dengan risiko kemalangan ketika pergi dan balik ke tempat kerja? 

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia, sebanyak 20,225 kes kemalangan ketika pergi dan balik dari tempat kerja dilaporkan berlaku dari bulan Januari hingga September 2013. Malah penunggang motosikal menyumbang sebanyak 85 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan yang dilaporkan dan melibatkan pekerja yang berumur 40 tahun ke bawah.

Jika risiko kemalangan pergi dan pulang kerja saban hari semakin meningkat. Malah penunggang motorsikal juga menjadi penyumbang terbesar kadar peratusan tertinggi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Persoalannya, adakah mereka sudah dilindungi oleh insurans nyawa atau insurans kemalangan peribadi? 

Ya, mereka telah dilindungi insurans oleh pihak majikan. Namun adakah ianya mencukupi untuk menampung kos kehidupan seumur hidup jika seseorang itu hilang upaya akibat kemalangan dan dalam masa yang sama perlu menanggung empat orang anak yang sedang bersekolah, komitmen bulanan serta perlu menanggung  kos rawatan perubatan. 

Seperti yang kita sedia maklum, kos sara hidup semakin hari semakin tinggi. Begitu juga kos perubatan semakin meningkat. Maka kesan akibat hilang punca pendapatan akan menjadi beban utama dalam meneruskan kehidupan seharian. 

Maka dalam situasi kecemasan dan terdesak sebegini, persepsi yang menyatakan insurans tidak penting secara tidak langsung akan bertukar kepada  betapa pentingnya perlindungan insurans asas mahupun tambahan. 

Sekurang-kurangnya ia dapat menggurangkan beban dalam membiayai kos rawatan akibat kemalangan. Bukan hanya sekadar bergantung pada perlindungan insurans majikan, wang simpanan peribadi, wang simpanan perkerja dan pencen ilat dari PERKESO semata.

Kemalangan tidak dapat dijangka bila, di mana, atau bagaimana? Jadilah seorang individu yang bijak dalam menguruskan kewangan demi untuk melindungi diri dan orang yang tersayang. Hampir setiap hari di dada-dada akhbar terpapar berita mengenai kemalangan jalan raya. Sama ada meragut nyawa atau hanya mendatangkan kecederaan ringan dan serius kepada mangsa.

Justeru itu, setiap individu perlu mempunyai kesedaran dalam mencari alternatif dalam merancang pelan perlindungan kewangan jangka masa panjang diwaktu kecemasan. Iaitu dengan melengkapkan diri dengan perlindungan tambahan seperti membeli polisi insurans demi  melindungi diri dan orang tersayang.

Apa kata mulakan dengan membeli polisi insurans kemalangan peribadi yang sememangnya mampu milik. Hanya serendah RM100 dengan perlindungan sehingga RM200 ribu pelan perlindungan kemalangan maut dan hilang upaya kekal akibat kemalangan. Lawati www.easicircle.com untuk maklumat lanjut.

Kita sendiri tidak pasti bila  musibah bakal menimpa. Adakah anda masih ragu-ragu lagi untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk melindungi diri dengan pelan perlindungan jangka masa panjang demi memastikan masa hadapan anda dan insan tersayang lebih terjamin. Sesungguhnya, beringat sebelum terkena, jangan sudah terhantuk baru tergadah. Ini kerana, “Mencegah  Lebih Baik  Daripada Mengubati”. 

Sumber foto:

No comments:

Post a Comment