Setiap hari kulit kita tidak akan
terlepasa terdedah dengan sinaran cahaya matahari, habuk dan kekotoran yang
tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Oleh yang demikian, mencuci muka dengan
pencuci wajah sahaja tidak mampu membersihkan wajah dengan sempurna. Di sini
skrub berfungsi untuk menghilangkan segala cela dan merawat sel kulit mati di
wajah. Berikut adalah cara mudah untuk anda melakukan skrub buatan sendiri di
rumah.
Skrub Kopi
Kandungan flavonoidnya dan polifenol yang terkandung di dalam kopi
berupaya untuk mencegah radikal bebas. Selain itu, kafein yang ada pada kopi
juga berfungsi sebagai vasorestrictor yang
membantu menegangkan wajah. Hanya ambil satu sudu kopi dan dicampurkan sedikit
dengan air. Kemudian sapu rata ke muka, biarkan sehingga kering dan bilas.
Skrub ini juga boleh digunakan untuk skrub badan jika anda mahu.
Skrub Teh Hijau
Teh hijau bukan sahaja baik untuk
diminum, namun ia juga boleh digunakan sebagai skrub wajah. Selain kandungan
antioksidan yang tinggi mampu membantu mengusir radikal bebas. Anda hanya
perlukan teh hijau dan sedikit madu digaul bersama untuk dijadikan pes skrub. Lumur
rata ke muka, biarkan beberapa minit dan bilas. Skrub ini salah satu cara
digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat.
Skrub Beras
Skrub yang sering diamalkan dan
diturunkan secara turun-temurun kerana keberkesanannya memang terbukti
menghalus dan melicinkan wajah dan tubuh badan. Hanya mengambil segenggam beras
dan gorengkannya tanpa minyak sehingga keperang-perangan. Kisar beras dan
dicampurkan dengan kunyit hidup anggaran sebesar ibu jari yang telah ditumbuk. Campurkan
adunan skrub tadi bersama sedikit air asam jawa dan perapkan seketika. Kemudian,
boleh digunakan sama ada sebagai skrub muka atau badan.
Skrub Oat
Cukup sekadar mengambil senduk
oat yang telah dikisar kasar. Lalu campurkan sedikit air dan diratakan ke
seluruh permukaan wajah terutama sekali dibahagian ‘Zon T’ wajah iaitu dahi,
hidung dan dagu. Biarkan selama beberapa minit supaya nutrisi yang ada pada oat
mampu meresap masuk ke kulit wajah. Biarkan
beberapa minit lalu bilas sehingga bersih. Skrub beras ini berupaya
membersihkan kotoran dan minyak di wajah namun masih mengekalkan kelembapan
kulit muka.
Sumber Foto: