1. Polisi mampu milik
Graduan atau golongan muda yang baru memulakan pekerjaan
juga mampu untuk melindungi diri dengan polisi insurans kemalangan peribadi.
Ini kerana premium polisi ini hanya perlu dibayar dan diperbaharui secara
tahunan. Malah premiumnya juga boleh diperolehi serendah RM140 setahun.
2. Kes kemalangan jalan raya meningkat
Hampir setiap hari kes kemalangan jalan raya dilaporkan
melibatkan pengguna jalan raya. Di mana, Malaysia mencatatkan 476,196 kes nahas
jalan raya sepanjang tahun 2015 dengan keseluruhannya membabitkan 6,674
kematian. Terutama bagi penunggang motosikal mencatatkan kematian tertinggi.
3. Hilang upaya akibat kemalangan
Kemalangan boleh menimpa sesiapa sahaja, di mana sahaja
dan pada bila-bila masa. Impak risiko kemalangan berkemungkinan besar boleh mengakibatkan
kematian dan menyebabkan seseorang itu mengalami cacat kekal.
4.
Kemalangan
tidak dapat dijangka
Adakah anda perlu untuk membeli insurans kemalangan
peribadi? Ya, kerana kemalangan adalah sesuatu yang tidak terjangka. Risiko
kemalangan itu pasti ada. Terutama sekali bagi pengguna jalan raya seperti
penunggang motosikal yang lebih terdedah kepada bahaya kemalangan.
5. Pampasan
insurans mengurangkan beban kewangan
Pampasan dari pihak insurans sekurang-kurangnya dapat
membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung keluarga jika anda
sebagai pencari rezeki utama keluarga hilang upaya kekal atau maut akibat
kemalangan. Malah beban hutang yang ditinggalkan juga boleh dilunaskan atau dikurangkan.
6.
Melindungi
diri dan keluarga
Jika berlaku sesuatu kemalangan yang boleh mengakibatkan
anda hilang upaya atau berlaku kematian. Wang pampasan insurans akan diberikan
kepada waris yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban kewangan
kos rawatan dan perbelanjaan harian di saat anda tidak lagi mampu bekerja atau
telah meninggal dunia akibat kemalangan.
No comments:
Post a Comment