Mungkin ramai yang masih tidak tahu, selain
bergantung dengan ubat anda juga boleh mencuba cara lain untuk mengurangkan
sakit gastrik yang sering melanda. Anda hanya perlu mengamalkan beberapa
makanan yang mudah didapti dan murah diperolehi.
Khusus buat mereka yang sering mengalami
ketidakselesaan perut setiap kali diserang gastrik. Mari kita singkap senarai
makanan tersebut:
Susu
Selain daripada memberi sumber
kalsium kepada tulang. Kebaikan susu juga adalah dalam menyerap lebihan asid
yang tidak diperlukan dan menghalang pembentukan asid yang mengakibatkan gastrik.
Hanya dengan segelas susu senak perut
dan kesakitan yang anda alami akan berkurangan perlahan-lahan.
Halia
Mungkin masih ramai yang tidak
gemar atau cuba mengelak jika terlihat halia dalam makanan. Akan tetapi, halia
adalah makanan semulajadi yang mampu melembutkan dinding perut, membantu sistem
pencernaan dan meningkatkan penyerapan makanan seterusnya mengelakkan sakit
perut.
Pisang
Kandungan potasium yang tinggi
dalam pisang berupaya mengimbangkan cairan dalam tubuh badan. Selain itu,
pisang juga boleh menghindarkan iritasi akibat gastrik dan asid gastrik juga
boleh dineutralkan dengan pisang. Nilai pH tinggi yang terkandung dalam pisang
mampu menjana penghasilan mukus yang
membantu melindungi dinding perut daripada terhakis akibat gastrik.
Bunga Cengkih
Amalan menggigit bunga cengkih sewaktu diserang gastrik juga membantu dalam mengurangkan sakit gastrik. Ini kerana,
bunga cengkih membantu melancarkan
saluran pencernaan iaitu perjalanan makan ke arah perut. Secara tidak langsung
akan membantu mengurangi penghasilan gas, muntah dan sakit perut.
Bawang Putih
Walaupun rasanya kurang enak
apabila dimakan mentah. Namun, khasiat bawang putih tidak boleh disangkal
terutamanya untuk kesihatan manusai dari segi memperbaiki sistem penghadaman
sistem pernafasan dan membunuh parasit.
Apa yang anda perlu lakukan adalah
hanya dengan membakar terus bawang putih bersama kulit selama satu hingga dua
minit. Kemudian buang kulitnya dan kunyah. Selepas beberapa minit anda akan
mula rasa sakit yang dialami semakin berkurangan. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment